Thursday, August 25, 2011

Feeling Kad Raya~!

selamat..hari raya..
kepada saudara serta saudari..
setahun hanya sekali..
merayakan hari yang mulia ini..

ewahhh!!! puasa belum habis, dah berjimba2 nak nyanyi lagu raya!
tapi kan, tahun ni saya tak terasa sangat bahang lagu raya sebab saya dah duduk dekat dengan umi abah.. kalau dulu masa kat johor, dengar lagu raya nak meleleh beb! hahha!

tapi lagi 1 yang saya rasa makin berkurang is KAD RAYA! and I know you guys pun merasainya.. dulu masa zaman2 sekolah menengah, banyak gilaa kad raya, tak cukup by hand, tiap2 hari tercongok depan pintu umah tunggu pakcik posmen sampai.. tambah kalau kad yang memang dinanti! oh goshhh! kau boleh bayang tak perasaan macam nak melompat sampai langit, hilang keletihan berpuasa dan buat biskut raya, then boleh pulak baca berkali2..

then bila dah masuk zaman kampus, still ada lagi kad raya for close friends la, and untuk girls of PJ TROY, itu wajib! and tak lupa jugak hantar kad raya untuk encik boypren.. masa tu mula la lepak berjam2 kat mall semata2 nak cari kad raya yang paling puitis! hahah..

sekarang zaman dah kerja!
balik rumah abah aritu adalah sekeping kad raya.. saya punya eksaited dah sampai tahap gaban. tengok sampul.. wahhh!!! bertaip lagi kauuuu! bukak je dalam - daripada Shahrudin Optometrist! aisehhh!!! ingatkan dari admire lama~hahahhaha.. but oklah kan, ingat jugak tokey kedai spek ni nak bagi kad raya kat customers diorang kan..
then, bila datang sekolah, pomprang..pomprang..ngajar! habis kelas budak pun datang...

"tecer..nah.. ni untuk tecer"

wahhhhhhhh! terharuuu okkkk!
ingatkan dah tak dak lagi dah kad raya tahun ni.. ada jugak anak murid yang ingat kat tecer yang garang ni ye..~


ni haaa.. kad rayanya..
1 tu tulisan "Cekgu" (saya tak suka tulisan konon2 comel macam ni, sebab kids ni sangat mudah terpengaruh, luckily I didnt teach BM, kalau tak tobat saya naik hantu tengok tulisan camni)
yang kad tengah tu tulisan betul "cikgu"! bagus!
yang no 3 ni saya konfius sket..budak ni dah feeling2 macam dah keje ke ek? apesal dia bagi kad raya untuk BOSS ek? hahhaa.. ni mesti kes kau nampak comel lalu kau rembat kan?
takpela anak2 murid tecer, I really appreciate! thank you very much!

ahaaa..so kiranya tak kempunan jugaklah saya nak ada kad raya sebab saya ni cikgu! ngehheheh..dah! sedia nak bukak posa!

sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

ReDiculousLy said...

mmg klaka kan budak2 ni tp terharu gak sbb dorg igt nk bg kita kad raya walaupun da asyik kena marah jek...huhu...de sorg bdk tu siap wish aku cpt dpt husband....hihihi

Illiana Hidayah said...

Red : betul2..aku sgt tacinggg masa tu...speechless aku dibuatnya...haha.weh...doa budak2 ni cpt makbul tau, sbb diorang suci bersih lagi..hihih..aminnn..aku tlg aminkan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...