Monday, June 13, 2011

Sutera Bidadari vs Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum! Hye~

Macam dah lama tak buat resesi buku kan? Hehhe…bukan apa, time 3 bulan tak dak gaji, of cosss la tak berkemampuan nak membeli belah novel-novel kan..then dah dapat gaji aritu, kebetulan pulak abg RAM publish novel baru, Sutera Bidadari.. apa lagi..bagai orang mengantuk disorongkan bantal~ (ekk??? Kenekah idioms ini??)

Tapi masalahnya, bila dah bergaji and dapat beli macam-macam novel, masa nak membaca tu la pulak yang jadi masalah…masa mula-mula beli Sutera Bidadari dengan Mr.Illiana eksaited gilaaa, siap berebut nak baca dulu, baru nak bagi dia baca, last2 baru minggu lepas saya berjaya menghabiskan pembacaan saya.haaa! amekkk kau! Tamak lagi!

Sutera Bidadari adalah sambungan Cinta Sufi, kali ni abg RAM merungkaikan persoalan siapakah si Taghut yang sebenarnya – Raja Roman yang dah banyak memperdayakan manusia-manusia yang terlalu taksub pada dunia dan kuasa – Maharani Pulau Utara, Manggala si khunsa, tak terkecuali jugak Ratna Sang Ratu Sulaman, tapi Ratna berjaya diselamatkan oleh Laksamana Sunan. Ending riwayat Raja Roman ni memang tak dijangka! Dalam novel ni jugak ada pasal Luna – Bangsa polip dan Maryam (Catalina-Bangsawan Portugis) yang sama-sama menyimpan perasaan terhadap Sunan, namun kesetiaan Sunan terhadap arwah Sang Ratu memang tiada tolok bandingan. Saya memang tabikkk sprriiinggg bab ni.. kalau korang baca novel ni korang akan tau pasal Drakul, Vlad The Implr yang kalau nak membangkitkan semula syaitan ni kena guna darah perawan yang masih belum dibaptiskan.. hahaha..~eksaited??? P beli baca sundri..

Saya : umi kalau lah dalam dunia ni ada orang macam Sunan ni kan…..

Umi : amanlah dunia…

Hhaha.. see! My mom pun memang siap berebut-rebut lagi dengan saya nak baca novel RAM, siap buat helah suruh saya buat itu ini sebab nak amik novel tu nak baca dulu…hahaha.. tak dapatlah jepppp..


Okk…abes bab novel, masuk bab movie pulak.. movie ni orang lain dah masuk awai nak tengok, saya tgu hujung2 barulah terkedek-kedek nak tengok, pastu bila stuck kat jammed, mulalah nak mencarut..muehehhehe….

Tak payahlah nak cita synopsis kan since semua orang dah tau jalan cita dia macam mana..

Mr.Illiana : dari awai smp habis asyik sedihhh ja..

Saya : ha’ah..tak menyengat sangatlaaaa…

Masa dalam wayang tu tak payah cakaplah kan..asyik dengar bunyik “sob…sob..sob..” je…saya??? Ahahah..terkecuali okkk! Susah sket saya ni nak menangis kalau bab2 tengok wayang or baca novel..tapi baru-baru ni masa baca Sutera Bidadari tersentuh sangat scene kawan Sunan-Sadik meninggal sebab kena sembelih dengan manusia yang makan manusia..

Bila dah sampai scene yang tiba-tiba keluar norman hakim tu, cikaro sebelah saya ni bunyi camni “lorrr…awat norman hakim jadik ilyas ni…????” heheheh…nampaknya kami sejiwa..sebab saya pun bukak mulut cakap benda yang sama kat Mr.illiana, ahahah…takleh elaborate lebih-lebih,nanti kena saman! Hehehe…apa pun, saya suka penampilan Dato’ Rahim Razali as Aidil dalam NKTM~!

Sekian~babai

I could not ask for more

2 comments:

padle said...

arrrrgggghhhh!!!!!

bile aku nak bace novel tu!

xsempat nak beli lagi..dem!

Illiana Hidayah said...

padle : muahahha....pttnye ko lgi cepat beli dr aku yg dok ulu ni...hehhe..bace bro..terbaekkk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...