Monday, April 4, 2011

You Are The Best In The World~ I Love You Very Much!

Assalamualaikum!

Hye semua!

1st of all, saya tengah berkursus selama 3 hari kat luar sekolah!

Wohaaa! Sangat indah okkk, tapi dalam hati risau jugak sebab kalau keluar lama-lama ni, kelas kita akan ada cikgu lain yang ganti..

And for sure la ada yang tak puas hati kan.. “gaji sama ja, tapi aku kena ganti kelas dia lak, apa citaaa?!”

Okk..sila lupakan masalah-masalah remeh temeh yang hanya akan menyesakkan kepala hotak serta minda..

Hari ni hari jadi my beloved mom – she is not just the best mom in the world, but she is also my best friend, my best listener, my full time counselor,

Dipendekkan cerita, she is my everythings, hidup saya memang akan tempang tanpa umi saya..

Dulu masa kecik-kecik, saya sangat jeles sebab kawan-kawan saya yang lain ada mak diorang masak untuk diorang, bagi mandi, bagi hadiah anak patung segala,

Tapi umi saya kat USM masa tu, tengah amik degree, then bila dah balik, saya dengki dengan adik sebab dapat perhatian lebih daripada umi.

Masa besar sikit pulak, saya selalu tak sependapat dengan umi, tambah-tambah bila dah sekolah cina, ada ja yang saya tak puas hati..

Tambah-tambah bila umi suruh saya tumpang mengaji petang (sekolah agama/kafa) kat sekolah lain, hati saya meronta-ronta nak main badminton, nak wakil sekolah..

Dan lagi besar pulak, saya tensen bila umi hantar saya masuk sekolah agama, sebab saya sangatttt nak terus continue amik paper mandarin sebab kononnya bercita-cita nak jadi pembaca berita kat tv..(hoho)

Bila semakin besar pulak, percanggahan semakin berlaku bila umi “suruh” saya masuk maktab – sekarang ni nama IPGM, tapi hati saya pulakkk membuak-buak nak jadik lawyer..

Dan sekarang….

Saya sedar, umi tiada di sisi kerana ijazah umi adalah pendorong saya untuk turut sama genggam ijazah macam umi..

Saya sedar paksaan umi untuk ke sekolah kafa buatkan saya ada kekuatan dalaman yang saya sendiri tak sedar macam mana ia wujud..

Saya jugak sedar umi nak saya jadi manusia all rounder bila umi hantar saya ke sekolah agama..

Dan saya sedar umi nak saya terus kuat dengan kerjaya yang lalui sekarang..

Biar pun ada yang gelakkan saya sebab apa saja yang saya nak buat, mesti saya tanya umi..

Sampai ada yang kata “anak manja ni..”

Tapi saya bahagia dengan keputusan yang ada “sentuhan” umi…

Sebab dengan adanya “sentuhan” umi, semangat yang saya ada adalah extravaganza!

Dan hingga ke saat ini, saya hanya mampu mendoakan kesejahteraan buat umi saya..

Terima kasih tuhan, kerana menjadikan saya anak perempuan sulong umi saya..

No words can describe my feelings..

Umi, I love you so much! You’re the best mom in the world!

Sekian~babai

I could not ask for more


4 comments:

Miss Sunshine said...

Happy Birthday untuk umi awak..
Semoga kita boleh menjadi 'umi' yang terbaik untuk anak-anak kita kelak..

Illiana Hidayah said...

insyaAllah...;)

Athalia Abdul Ghapar @ kawat berduri said...

"ibu.. ratu hatiku..."

Illiana Hidayah said...

yeahhhh!!! the only one ratu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...