Saturday, March 5, 2011

3 Bulan Saya Tunggu Untuk Pertemuan Kali Ni..~

Assalamualaikum!
hati tengah bunga-bunga chenta ni.. hohohoho..
dalam pada tengah tak sihat pun keluar gak dating..
oh ya.. jumaat lepas saya amik MC sebab muka saya bengkak-bengkak, sakit kepala, ni semua gara-gara jadi reff netball 2 hari.. muka tak yah cakaplah kan, memang sah jadi gelap, hangus, garing, semualah istilah untuk muka yang dah gelap sebab berjemur kat matahari kul 230 petang~ hameekkk kau! suka sangat melompat, belum cukup sebulan kerja, dah MC 1 hari.. hohohoho..

kat Kedah ni ada 1 lokasi taman paya bakau kat area Merbok, nicelah tempatnya, kalau kau pergi siang macam panas sketla, tapi kalau kau datang lepak-lepak time malam, memang superb! adik bujang saya cakap ikan bakar kat situ best~ belum sempat try la, sebab belum gaji and tadi sang kenari saya kena masuk bengkel~



kawasan yang dibina ni kind of taman paya bakau kat Sri Manjung, tapi kat Sri Manjung tak dak penanaman semula.. area ni jugak ada block-block yang dibuat untuk function-function tertentu.. tadi masa saya tengok ada main office, ada auditorium, ada bilik multi purpose, bilik penerangan, macam-macam lagi la..


suka sebab warna tempat ni putih.. macam sweet sangat..
sila abaikan jejaka yang tengah berjalan tu..


masa mula-mula naik kereta, saya dah menilau carik mana surprise present saya, macam nak melompat-lompat gak bila dapat jersey biru ni.. ~lalalalala.. thanx hun~
u punya hadiah tunggu i gaji ek.. ahahhaa.. nasib u la dapat gefren macam i yang sengkek ni.. kena pospon hadiah~hahahaha...


okkk.. ini kami.. silalah tatap~ hahahha..
tak leh la bagi gambar yang clear sangat, nanti ada pulak yang bukak cerita saya nak kawen bulan 10.. bukanlah sampai tak nak kawen, tapi masih belum mampu nak berfikir la bab kawen ni.. banyak keja dan banyak lagi planning yang tergendala..

1 je masalah sekarang, dah jumpa hari ni, tak tau bila tahun pulak boleh jumpa.. padahal duduk 1 negeri Perak, 1 negeri Kedah.. jumpanya macam sorang dok semenanjung, sorang dok Sabah.. dugaan betul~

saya : muka i hitam ni.. macam mana nak konvo?

Mr.Illiana : alahh.. macamlah sebelum ni cerah sangat..

kasaaqqq sangat jawapan Mr.Illiana ni.. u know hun, ciri-ciri jejaka idaman malaya are TALL, DARK and HANDSOME.. tiba-tiba rasa Mr.Illiana ni dah serap watak En. Wan hubby K.Di , hun, kalau u nak jadik En. Wan i tak kisah, sebab i tau En.Wan bawak Honda Civic~wohhhhaaaa!

p/s : amacam feel dah jumpa abah ngan umi i? hohohoho..

sekian~babai
I could not ask for more

5 comments:

cryclown said...

hehehe..aku pn tunggu present dri ko..
hahhaha

Ila Aqilah said...

kak yana..cian muka bengkak2..haha
tapi bila dah sampai seru
jgn lupe jemput qilah g wedding kak yana =)

Illiana Hidayah said...

cryclown : ekeleh..mane adiah besday aku??? mana? mana? hahahah

Ila Aqilah : nak wat camna syg...dah kena keje..tahan je la..insyaAllah..ehheheh

Cik Bucken said...

bukan yana sorang je risau kulit gelap, ade sorang budak tu pon risauuuu gile smpai sanggup nak pegi newyork skincare katenye =P x dpt newyork, bayanlepas skincare je lah...

Illiana Hidayah said...

ahahahhaa...smp newyork skincare ke..? makaihhhhh~insan tu xpe gak cik bucken, dia dok town, yana ni nak jmp skincare kat cerok mane ek...hohohoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...