Saturday, February 12, 2011

Kau Nak Jadi Cikgu??? Betul Ke Sanggup??? Ke Pedalaman Sanggup Tak??

Assalamualaikum!
Hye semua..
ok2..buat yang ternanti-nanti perkhabaran berita dari gerik.. ni nak cerita perihal seminggu Cikgu Illiana kat Gerik @ tempat persembunyian.. hohohoo..

Isnin, 7 Feb 2011, saya lapor diri kat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak, dengan perasaan yang agak takut campur tolak bahagi dengan risau sebab belum dapat umah sewa.. dalam hati ni bedoa sangat boleh dapat kuartes guru..

so taklimat ringkas kat PPD Hulu Perak, then saya terus keluar untuk lapor diri kat sekolah sebabnya kalau saya tak lapor diri on that day, maka gaji saya belum dikira even saya dah lapor diri kat PPD, so saya pun naik lapor diri.. saat genting saya bila rumah sewa tak dapat dijejak.. rasa macam nak menitik jugak air mata sebab terfikir umi abah ngan sang kenit yang setia menanti dari kat PPD lagi, then tunggu pulak kat sekolah.. dahla panas, kesian sang kenit, mesti meragam..

dah deal sana sini, saya pun check in kat rumah sewa tu.. even ada pandangan yang tak berapa best, tapi saya ignore ja la.. dalam hati saya kata "lain orang lain ragam".. dah siap angkat barang segala, umi abah pun bertolak balik Kedah.. sumpah rasa nak menangis! sebab saya tak berapa rela kat Gerik ni, but life must go on kan.. tekad cuma 1, ikhlas dalam bekerja, maka segalanya akan terlaksana..



ini Boss sekolah tempat saya ngajar, and the guy pun cikgu baru macam saya jugak.. (gambar ni diciplak dari website PPD Hulu Perak sebab saya tak sempat nak amik gambar.. thanx ya En Mat.. ada gak kenangan 1st day bekerja~wohaaa! )

then next day, dah ditugaskan ke SK Basia Lama sebab ada olahraga peringkat zon.. tapi cam agak bosan sebab saya tak melatih pun, ditambah pulak dengan tak kenal sesiapa lagi.. so ada gaya macam penunggu padang pun ada~haishh! sabar Illiana, kamu tu orang baru~

tapi ada 1 scene yang buatkan saya tertarik..
kat zon Gerik Utara ni ada sekolah orang asli, SK Pos Kemar kalau tak silap saya, and cikgu dia bawaklah team olahraga nak lawan kat SK Basia Lama ni, the way cikgu tu treat kanak-kanak orang asli tu saya memang tabikkkk spring! caring + loving! tambah pulak dengan kata-kata motivate, terserlah keakraban cikgu tu dengan kanak-kanak orang asli tu.
tiba-tiba terlintas bisikan jahat "kalau tau nak jadi macam ni, rasa macam nak offer diri masuk pedalaman saja Sg Tiang ada, 1K kott elaunnnn" tapi tiba-tiba rasa insaf, cikgu tu yang ajar sekolah orang asli boleh maintain survive, takkan lah saya yang masuk ngajar kat sekolah melayu ni tak boleh nak bertahan dan survive.. so.. calm a little bit~

kanak-kanak orang asli (jersey biru putih) ni jarang jumpa masyarakat luar, so bila diorang keluar, diorang akan malu-malu.. tapi sumpah larian diorang laju!

acara relay 4x100m

ni team SKK (school of mine)

cikgu ni style kan? one day, bila saya dah dapat tempat kat sekolah ni, saya nak jadi macam ni.. buat rugi saja belajar PJ 4 tahun~

ini Cikgu Illiana pada hari Khamis~

ini pulak cikgu Illiana hari Jumaat..
kena train team netball sekolah, awal bulan 3 ni ada game..
ni masa tunggu housemate balik.. padan muka aku! sapa suruh stay jugak even orang berat hati.. Ya Allah..permudahkan segala urusanku.. T_T

ini Cikgu Illiana hari Jumaat, jam 4.45 petang..
heading to Kedah okkkk..hahahah..
saat yang dinanti..hohohoho

muka series nak mampos! pay attention on driving beb.. hahahha.. balik Kedah dengan membawa 1001 beban kerja.. sambil drive sambil cari idea nak hias kelas memandangkan dah jadi guru kelas.. oh ya.. i dah bertukar minor okk.. minor subjek i suppose to be Bahasa Melayu, tapi dah kena ajar English pulakk dah.. hamikkkk kau!

p/s : saya bukan kipas KDK atau pensonic atau air cond paling besar di dunia.. saya hanyalah insan biasa yang tak suka konsep KIPAS MENGKIPAS untuk capai matlamat saya.

sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

Mr. TN_SkY said...

hahaha..akhirnya.. :-D..dah bergelar cikgu ye? gud luck k..moga menjadi warga pendidik yang berjaya! =_=..

grik? err..kg sky hahaha

Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!

Mr. TN_SkY said...

hehehe..kat grik eh? kg SkY tuu :-D aa..salam maulidur rasul ye cik iliana..

Panas! Valentine Days Vs Maulidur Rasul??

apek poyo said...

selamat bertuhas cikgu baru..ekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...