Tuesday, January 4, 2011

Rosyam Nor = Dato' Shah Rukh Khan??

Assalamualaikum!!
Selamat kembali ke sekolah kanak-kanak riang, belajar rajin-rajin eh, sebab sekarang ni dah makin ramai orang pandai-pandai, kalau belajar tak rajin nanti macam mana nak keje best-best kan? (wahhh! gaya cikgu nak bagi motivasi! ada gaya tak? wakakakka)

tu untuk kanak-kanak dan cikgu-cikgu yang kembali bertugas, cikgu menganggur macam saya ni?? apa kesss??? sila click sini untuk baca the latest news pasal PISMP yang dah mendapat perhatian senator~lalalalallala..

bila dah tengah menganggur, bangun pagi lepas siap segala kerja rumah, maka kerja sampingan ialah TENGOK TV SAMPAI LEBAM! and hero malaya saya ada buat 1 lagi drama yang akan buatkan saya tunggu depan tv sambil kunyah twisties! ohhhh! heavennnn!!! (dulu masa kat hostel kampus, ada bilik tv, tapi tak boleh nak makan dalam bilik tu, so, tak berapa nak heaven la..) kau akan rasa heaven bila kau bole terbongkang depan tv kau sambil kunyah snek! macam saya dok buat sekarang! wakakakak! kepada yang tak boleh nak buat macam saya, sila jelesss!

hero malaya yang saya mentionkan tadi ialah :






Rosyam Nor!!!
ahahahha... ye.... mesti ada yang akan cakap "hek eleh..rosyam nor pun nak minat, cuba minat Fizzow Omar ke, Iqram Dinzley ke" hahahha.. lantak kau la kau nak cakap apa, janji saya minat rosyam nor ni, boleh dikatakan kalau drama-drama dia kat tv semua saya follow macam Nigina, Iris, (yang kat Samarinda tv3).. over sangat tak kalau cakap mutu lakonan (penghayatan watak rosyam nor) sama macam Shah Rukh Khan??? eh.. Lupa lak letak Dato' Shah Rukh Khan??
tak payahlah kasi contoh kan, kalau kau follow drama Gelora Di Hati Sara I & II, kau mesti tau.. (one of my classmate TROY pun minat gileeee ngan GDHS I & II)

~Gee yang cantekk!!!

now...Rosyam Nor berlakon lagi dengan Fauziah, tapi bukan Fauziah Latiff, tapi Fouziah Ghous yang boleh tahan lawa jugakkkk, cerita Trilogi Cinta, Ahad, Isnin & Selasa 10 malam kat tv1..

cerita Trilogi Cinta ni adaptasi novel Sharifah Abu Saleem yang Tak Seindah Mimpi and the geng tu.. cerita pasal orang gaji and majikan yang akan lalui banyakkkk sangattt konflik.. cerita ni best okkk.. tak rugi tengok! takut kau addict macam tuan blog ni pulakkk.. tapi kalau kau tu menganggur macam tuan blog ni tak de hal punya nak addict~muahahahaa

one of the scene yang ada dalam cerita Trilogi Cinta

sumber gambar (google.com & budiey.com)

sekian~babai
I could not ask for more

5 comments:

padle said...

cite pasal shaheizy sam xde ke?

zizan raje lawak ke...

Illiana Hidayah said...

padle : nanti aku try google ek..ahhahaha

etomyam said...

fulamak Fouziah Ghous...dasat woo

Cik Bucken said...

fakta~~si encik tu betol2 xminat ngan rosyam nor n jalaluddin hassan..alasan die~kene kuatkn volume tibi time diorg nk ckp..apetahhhhh
fakta lain~si encik ikot jugak crite trilogy cinte nih.smlm call die tp dpt ckp kejap je..alasan~tgh tgk tibi 1..apetahhh..kate xsuke tp hadap jgk muke org tesliuh sbb pijak sabun tu...

p/s:si encik ckp...plakon trbaik crite tu aida radzwil!hahaha

Illiana Hidayah said...

etomyam : hehhee.. peminat ke? jgn lupe tgk ek...

cik bucken : reply fakta 1 : kat umah tak de baby xpe, blh kuatkan tibi time nak dengar diorang cakap sebab diorang ni sangat romantik..hahha
reply fakta lain : hahahhaha...fakta ni cik yana mampu gelak jek...tu la..jgn pandang rendah tau kat abg rosyam ni...hahhaha

reply p/s : bukan aida radzwill ckp die, tapi aida khalida..kan dah cerai...hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...