Thursday, January 13, 2011

Rindu Seorang Petani Anggur

Assalamualaikum!
Hye semua!
penat ke?
rilek eh, dah nak wiken dah ni..pasni bolehlah merilek-rilekkan kepala hotak yang sarat tu kat umah eh..hehehe..
saya yang dah lama terperap kat rumah ni pun dah MERINDU!
ye! rindu pada masa lalu yang dah lama ditinggalkan..
sebelum nak cite, saya nak bagi 1 teka teki untuk korang jawab..
apakah benda yang paling jauh dengan kita? (hohoho..sapa pandai jawab i bagi hadiah RM10! okk! saya tipu! muehehehe) jawab eh.. sambil-sambil baca entry ni, sambil-sambil fikir, pakar kata kalau kita selalu asah otak kita untuk buat 2 kerja dalam satu masa otak kita akan sentiasa menganalisis!

ok, berbalik pada RINDU tadi..
rindu saya ni bukanlah rindu macam Lela Majnun, Uda dan Dara,
even rindu ni dah membuak-buak~ouchhh!!!

ok! ni rindu saya yang pertama~


Jogging (sumber gambar : google.com)
dulu masa zaman kat kampus dulu, pagi-pagi dah dengan sport attire (sebab saya ni budak yang amik opsyen sukan-bahasa mudah), so bila sampai je kat astaka, letak beg, buat senaman pagi (aerobik) then kena joging keliling kampus, kalau 2 pusingan kampus bersamaan dengan 2.4km, tapi selalunya saya buat 1 round je equal to 1.2km, dan ditambah pulak dengan 1 pusingan 400m padang... wohha! kau boleh bayang tak betapa seksanya diri masa tu, tiap-tiap pagi okkk! masa tu bukan main memaki.. tambah-tambah bila baru bukak sem! dah terbongkang + melantak kat rumah, naik-naik sem kena training balik, memang sumpah seranah la, siap amik jalan short cut lagi nak minimumkan keletihan! hahaha.. ye! saya memang nakal!
sekarang bila tengah jobless ni, series! rindu nak berjoging balik, joging dengan kawan-kawan then gosip-gosip.. nak-nak time ada sesi interview new intake, joging pulak dengan stick hockey..perghhh! rasa riakkk gilaaaa! hahahah..

*tapi 1 yang TAK tercapai ialah joging dengan attire macam gambar kat atas ni.. hahahaha..!

benda kedua yang dirindui ialah ~ hoki! ( ni gambar vs IPG Kampus Darul Aman-KAGUM 2009)
masa habis SPM dulu, pernah teman umi bawak budak hoki main peringkat daerah kat Sg Petani.. bosan nak mamposss dulu tengok diorang main sebab tak paham rules and how to play kan.. then bila selalu follow up match hockey kat tv, dah start minat hoki, tambah pulak tahap adore kat Mirnawan Nawawi tu memang tinggi gilaaa, (nanti saya abuat entry pasal Mirnawan Nawawi lak).. then ada 1 sem tu kena amik paper hockey, lec tu siap suruh beli stick hockey, ball. shin pad sendiri, so belilah.. tup-tup boleh pulak masuk team kampus nak main hockey peringkat IPG Malaysia.. apa lagi, melambung-lambunglah kan.. 1st try dengan hockey terus boleh wakil.. rezeki datang melimpah lagi bila dapat selection SIPMA 2009, cuma tak ada rezeki and kena drop masa final selection.. salah sendiri jugak sebab time tu tak fokus dengan arahan coach.. tak palah.. at least pernah rasa macam mana training nak main peringkat Malaysia!
my mom pun pernah dapat anugerah best player negeri Kelantan satu ketika dulu.. so, now still jadi advisor untuk hockey team sekolah beliau.. then ada satu hari dapat offer "kak, kalau tak posting jugak lagi, umi hired jadi coach hockey team sekolah umi ok?" wohhhaaa! i likkeeee!


benda yang paling nak buat sekarang ialah SWIMMINGGGGGG!
dulu masa study, pool ni dekat je dengan kampus, hari jumaat khas untuk wanita dan kanak-kanak, so time ni memang best kalau nak berendam lama-lama sebab taklah rasa malu + segan sangat.. saya belajar renang from zero! till now bolehlah sikit-sikit upgrade skills.. hehehe.. kalau rasa terpelanting dalam sungai ke laut ke, insyaAllah boleh try nak apungkan diri.. hehehe.. swimming suit ni pun kena beli sendiri jugak sebab masa sem 2 kiterang ada amik paper swimming.. itu yang saya cakap saya belajar from zero.. banyak gelen jugak air klorin tu saya telan dulu~muahahahha
sekarang tengah jobless tak boleh lah nak swimming lagi sebab pool kat sini jauh kot..and dah mula rasa segan nak pakai swimming suit tu sebab badan dah ..... hahahha..

semalam time adik saya balik sekolah, dia dengan bangganya kata "kak, adik masuk memanah!" gilaaa jelessss saya yang bernama kakak ni! sebab saya selalu carik peluang nak belajar memanah, tapi tak pernah ada chances..haishh!

(sumber : google.com)
*rasulullah pernah berpesan, ajarlah anakmu dengan 3 kemahiran iaitu berkuda, memanah dan berenang..

lepas ni kena carik port nak belajar memanah jugak la... hohohoho..
oh yess! jawapan pada teka teki kat atas tu:
apa yang paling jauh dengan manusia?
JAWAPAN : masa yang berlalu
so, kalau sapa yang jawab bulan, bintang, matahari semua tu salah ye.. maka tak delah hadiah..hohohoho~ (nanti saya buat teka teki lagi yek)

sekian~babai
I could not ask for more

8 comments:

cryclown said...

hahaha..bukan selalu:P

Mr. TN_SkY said...

yang memanah tue kat mana ye nak belajar?:-p

Illiana Hidayah said...

cryclown : hoih~lamo xnampak!

Mr.TN_Sky : hahaha...kat sek adik i..hohoho

Abu Luqman said...

saya seronok juga berenang..tapi berenang kat laut dan sungai je...

Illiana Hidayah said...

Abu Luqman : ok gak tu..best gak..xde klorin mcm kat pool :)

Ila Aqilah said...

kak yana teringin nak swimming
tak pandai2..huhu..

rajin2 jawab ini tag eh,
http://ilaqilah.blogspot.com/2011/01/tag-25-random-things-facts-habits-or.html

terima kasih =)

etomyam said...

rindu jugak nak kembali belajar..part paling best :D

Illiana Hidayah said...

Ila Aqilah : hehehe..ajaklah k.maziah..diakan pandai swimming gak..ok dear..nnt akak jawab eh..

etomyam : yup! setuju! masa belajar best~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...