Tuesday, January 11, 2011

Mari Kekal CANTIK, HENSEM, LANGSING, TOUGH~~

Assalamualaikum!
tadi adik saya balik lambat dari sekolah, abah dah kalut-kalut sebab 2 3 kali tunggu depan gate sekolah dia, still tak nampak bayang.. bila dia balik, kat tangan dia adalah sebungkus milo es yang enak dan lazat serta berkrim..(mestilah lazat sebab cuaca tadi agak panas).. maka kenalah sound "cubalah bawak ayaq masak p sekolah, asyik minum ais saja." then kakak pun tambahlah sedasss lagi "tula..dahlah paw botol ayaq nike akak, ayaq bawak, minumnya tidak" hohohoho.. kan dah kena dua dassss!

series cakap, budak-budak sekolah zaman sekarang dah jarang nak bawak air ke sekolah, kalau pun diorang bawak air, tu la jadi acam adik saya, bawak je nak eksyen sebab botol air nike, tapi minumnya tidak.. dulu time saya sekolah cina dulu, malu nak bawak air kaler-kaler ni, (maksudnya air teh, milo, rebena segala ni) sebab kawan-kawan semua bawak air kosong je, so dah jadi habit bawak air ke sekolah sampai saya study kat kampus..

korang kalau nak cantik and langsing.. marilah minum air kosong ni banyak-banyak~

minum air kosong sebelum amik heavy meals
cara ni boleh buatkan selera menjadi sedikit tumpul, maka time korang makan tu tak lah korang tibai 3 pinggan sekaligus! tahap metabolisme setiap individu adalah berbeza, so kalau korang amalkan minum air kosong sebelum makan, taklah korang akan rasa nak campak-campak je penimbang tu bila jarum penimbang tu tunjukkan berat badan korang yang sebenar.. ngeeee~

minum air kosong selepas bangun dari tidur
petua ni saya dapat dari orang-orang veteren, katanya untuk awet muda, amalkan minum air kosong sesudah bangun dari tidur.. kalau ikut logik pun ada logiknya jugak, air kosong yang diminum awal pagi akan membantu mencuci segala sisa kotoran yang dah dicerna time korang tidur tu, so taklah akan ada masalah sembelit segala.. oppsss!

minum air kosong untuk elakkan dehidrate
ramai orang ada pemahaman yang kurang tepat, bila dah haus barulah nak minum air.. sebenarnya bila badan kita terlalu haus, maknanya badan kita dah mula mengalami dehidrated.. masa di kampus dulu ada sorang lec PJ share cerita mengenai sorang perempuan yang terperangkap di bawah tanah.. akibat dehidrated yang melampau, dia dah alami halusinasi.. masa pasukan penyelamat datang nak selamatkan dia, boleh pulak dia rasakan penyelamat tu nak perkosa dia.. bila laporan perubatan dikeluarkan, ternyata faktor dehidrated menyebabkan perempuan ni mengalami halusinasi.. bunyik macam scarryyyy je kan?

minum air kosong untuk cantikkan kulit
cuba korang try garu tangan korang sekarang..
apa yang korang nampak?
ada garisan melintang warna putih?
kalau ada maksudnya air dalam badan korang KURANG.. sebab kulit yang sihat @ kulit yang kaya dengan kelembapan takkan ada garisan putih (kulit kering), same goes to our face, kalau air yang korang minum tu cukup dengan amaunt yang diperlukan oleh badan, so korang tak perlu nak berhabis banyak duit semata-mata nak beli cream moisturizing untuk muka korang..

banyak lagi sebenarnya kemampuan air kosong ni, boleh jugak cegah ulser mulut atau yang korang panggil mata ikan ~ alaaaa.. yang jadi kat bibir or lidah kalau tergigit time makan tu..
yang paling best bila abah kata kena minum air kosong sebab sekarang ni air dah naik harga sebab gula naik harga, pewarna naik harga sebab kos penghantaran naik sebab minyak naik... hohoho..pandai abah merelatekan segalanya..heheheh


(google.com)

apa pun, jadikan minum air kosong ni as a gud habit, tak de siapa pun yang rugi~

sekian~babai
I could not ask for more

6 comments:

Anonymous said...

bgus2..sy pon nk cubalah mnom air kosg sje..hehe..


mr.sum1

padle said...

betul2..kat kolej pon aku slalu order air kosong..bukan sbb nk jimat ye...sbb nak sihat!

Mr. TN_SkY said...

air kosong? hehe..terbaek entri ini..dah macam2 jenis air ade skrg..air kosong semakin dilupakan..huhuh

Illiana Hidayah said...

mr sum1 : minum air kosong lebih, bukan minum air kosong saje..:P

padle : yezzzaaa!! maka ko akan sihat + dapat berjimat~~ :D

Mr.TN_SKY : thanx! :)

a big girl. . . . . said...

kesimpulannya, minumla air kosong..
sekian, terima kasih..
hehe..

Illiana Hidayah said...

a big girl : yezzaaa!!! terlupa pulak nak buat kesimpulan dalam entry ni..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...