Thursday, January 20, 2011

3 Tetamu Aneh

Seorang suri rumah sedang memasak di dapur, manakala suaminya membawa anaknya keluar berkebun, tiba-tiba dia terdengar orang memberi salam.. lalu dijengahnya ke luar.. Dia mendapati 3 orang tetamu sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya..

"maafkan saya wahai saudara-saudara, suami saya tiada di rumah, bolehkah saudara-saudara sekalian menunggu di halaman ini?"

3 tetamu itu bersetuju dan memuji sang isteri yang menjaga adab sebagai isteri. Tidak lama kemudian, si suami dan anak pun kembali.. Mereka bersalaman dan ketiga-tiga tetamu itu memperkenalkan diri mereka masing-masing.

"namaku kekayaan"

"namaku pula kejayaan"

"namaku kasih sayang" tetamu ketiga memperkenalkan diri.

Si suami merasa hairan dengan nama ketiga-tiga tetamunya, namun diabaikan kehairanan itu dan menjemput ketiga-tiga tetamu masuk ke dalam rumah.

"maafkan kami, kami tidak boleh masuk bertiga, tuan hanya boleh memilih salah seorang daripada kami" ujar tetamu yang bernama Kekayaan.

"jikalau begitu, izinkan saya berunding bersama anak dan isteri terlebih dahulu "

"ya.. silakan.."

Sang isteri mencadangkan agar mereka menjemput Kekayaan masuk ke dalam rumah..
"semoga rumah kita kaya dan kita mampu hidup dengan senang lenang"

"Abang rasa baik kita jemput kejayaan, dengan kejayaan kita boleh mencipta kekayaan" si suami pula memberikan buah pendapatnya..

kemudian, si anak pula bersuara
"saya rasa kita jemput Kasih Sayang untuk masuk, biarlah kita hidup seperti sekarang, tapi saya bahagia di dalam rumah ini kerana kasih sayang yang disemai"

Kedua suami isteri itu tersentuh dengan pendapat si anak, lalu menjemput tetamu yang bernama "Kasih sayang" masuk..

"maafkan saya, saya memilih Kasih sayang sebagai tetamu di dalam rumah saya, maafkan saya tapi bukan niat saya untuk tidak menghormati saudara kekayaan dan kejayaan"

maka, tetamu Kasih sayang masuk dengan diiringi oleh tetamu Kekayaan dan Kejayaan..

"eh, bukankah hanya salah seorang sahaja yang boleh menjadi tamu?" tanya si bapa kehairanan..

"Saudaraku, jika kamu menjemput Kasih sayang masuk bererti kamu juga menjemput kami berdua masuk bersama, kerana kami telah berjanji, bahawa kami akan mengiringi kasih sayang ke mana sahaja dia pergi"

mendengar penjelasan itu, mereka sekeluarga bersyukur atas kurniaanNYA yang telah diberikan buat mereka sekeluarga..

~kasih sayang adalah harta yang paling bernilai dan tidak mampu ditukar ganti dengan kekayaan dan kejayaan, namun, berkat kasih sayang mampu menjana kejayaan dan kekayaan..

(sumber : Majalah Solusi Volume 24)

sekian~babai
I could not ask for more

10 comments:

padle said...

lame aku xbace solusi..ade keluar lagi ke...

Illiana Hidayah said...

padle : ade beb...adik aku rajin aaa beli..aku rajin baca jek..heehe

fyna said...

waa..nasib baik tak plih kekayaan dulu..kalau tak semua xdpt..hehe

APAN said...

nice story disitu... :)

dina darwina said...

meremang bulu dina bc bukan sbb ape tp sbb rs kagum betapa indahnye agama Islam

Piasara said...

owhh..sesungguh nya orang skrg tentu akan pilih kekayaan..

tp apa guna kaya kalau tak de kasih dan sayang dlm hidup kan..kosong dan sepi..

Illiana Hidayah said...

fyna : betol2.. :)

APAN : tq ya :)

dina darwina : islam tu memang indah..segalanya ada di situ..

piasara : yup! kasih sayang akan menjana segalanya...

ReDPRiNCeSs said...

kalo aku mesti da terplilih kekayaan...al-maklumla, materialistik...huhu...terlepas plak kasih sayang dan kejayaan...huhu

a big girl. . . . . said...

bagusla ni..
dah lama jugak tak beli solusi..
agak lama..
bgus jugak share kat sini..
dapat jugak baca bg yg tak beli n tak pernah baca..
hehe..
nice2!!

Illiana Hidayah said...

Red : hahahah...xpe..aku dah paham motif materialistik ko tu... :)

A big girl : nice kan cite ni..? simple jek..macam tacing jugak masa baca tu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...