Thursday, December 30, 2010

When You Receive A "Let's Break Up" Letter........

Assalamualaikum!
Selamat hari khamis semua!
dah baca yasin malam ni?
banyak fadilat baca yasin, bukan saja nak mintak supaya dikabulkan segala permintaan (macam saya sekarang yang tak dapat posting lagi..), tapi mintak jugak agar perjalanan hidup kita akan lancar dan dalam peliharaan Yang Esa. (okkk..tazkirah malam jumaat)

******************

actually, saya nak buat review untuk tahun 2010, kira macam ala-ala countdown gitu, tapi untuk yang malam ni more to tips la.. ewahhh..macam pakar petua pulakkk daaahhh.. hehehe

2010 - bukanlah satu tahun yang menjanjikan kebahagiaan buat semua orang, ada yang bahagia, ada yang sebaliknya, ada yang dah sampai jinjang pelamin, ada yang baru bercerai, ada jugak yang baru deliver baby, ada jugak yang misscarriage baby, ada jugak yang baru kapel dan ada jugak yang baru break up.kan? so, saya nak share some tips untuk buatkan dunia kembali bersinar setelah melalui zaman gelap.. :)

senyum
yes! putus cinta akan meragut senyuman di wajah korang.. tapi cubalah untuk ukirkan sedikit senyuman untuk dunia korang.. sebab once bila korang senyum, dan ada yang membalas senyuman korang, korang akan terselit sedikit bahagia..

self talk
telinga korang akan tepu dengan nasihat-nasihat yang kawan-kawan, senior, mak bapak, adik beradik korang bagi.. sebab semua nasihat diorang menjurus kepada satu perkataan which is SABAR.. so, why not korang sendiri yang bercakap dengan diri korang "yes, he/she is gone with the wind".. ye! saya tak nafikan perit untuk terima hakikat sebuah perpisahan, tapi hanya kau saja yang mampu kawal suara hati kau.. kalau kau rasa dengan self talk yang negative boleh bangkitkan spirit dalam diri kau, carry on.. tak de sape yang akan halang kau..

stop topup (tambah nilai henfon)
once bila kau ada topup, kau akan keep on mesej ex kau yang dah dumped kau.. begging him/her to come back, asking him/her why and why.. tapi trust me, dalam keadaan macam tu, ex kau tu takkan bagi 1 jawapan yang logik untuk akal kau terima.. setiap jawapan yang dia bagi, kau mesti boleh object., so, stop topup, maka kau akan stop hantar mesej or call yang mana kalau kau teruskan, kau yang akan sakit hati, bertambah lara..

know other people expierence
pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan manusia.. kau boleh google kat internet type je "tips putus cinta" ke, "bangun selepas break up" ke or apa saja yang kau terlintas, kau baca pengalaman-pengalaman diorang, mungkin kau akan realize yang ada lagi yang lebih teruk penderitaan daripada kau.. oh yes.. kau boleh cari buku "La Tahzan".. jaminan selepas baca buku tu, kau akan lebih tenang..

sedar diri
kau kena ingat "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" macam tu la jugak sebaliknya.. so, anggap saja perpisahan tu untuk kau jadi lebih baik.. dan bertemu insan yang lebih baik.. kalau kau nak anggap ex kau tu tak baik pun suka hati kau lah, point ni sila refer balik pada poin "self talk" kat atas tu eh..

masa untuk bermanja
sedar tak sedar bila kau kapel, kau akan jadi manusia yang sangat busy dan tak punyai masa untuk diri kau sendiri. apa yang kau nak buat semua kau akan refer pada pasangan kau, now, it is the time to yourself.. kau boleh kembali manjakan diri kat spa, shopping untuk diri sendiri, grooming, pendek kata duit kau tu hanya untuk diri kau, kau tak payah lagi fikir duit kau tu kena saving sket nak beli hadiah kat pasangan kau, nak keluar dating dengan pasangan kau or whatever..

hargai insan di sekeliling
mungkin kau memang dah tepu and kau belum bersedia untuk tinggalkan kenangan-kenangan kau dengan ex kau, tapi kau kena sedar diri (back to point "sedar diri), kau bukan hidup sendirian, kau ada kawan-kawan yang bantu chillkan kau, kau ada mak bapak yang selalu doakan kau, kau jugak ada adik beradik yang memang takkan putus hubungan dengan kau.. kau rasa macam mana sakitnya dan peritnya bila harapan kau musnah kan, so jangan bagi mak bapak kau, adik beradik kau and kawan-kawan kau turut putus harapan dengan kau.. kalau kau dengan ex kau, just both of you, tapi kau dengan mak bapak, adik beradik and kawan-kawan tu, kau kiralah sendiri berapa banyak hati yang terluka..

kembali ke hukum alam
mungkin perhubungan kau melanggar batas-batas agama, such as once kalau kau keluar dating, konfem terbabas waktu solat kau, jadi DIA putuskan hubungan tu supaya kau tak terus tanggung dosa kau.. mungkin jugak DIA dah sediakan pasangan yang lagi best untuk kau, mungkin jugak DIA uji kau untuk bersihkan segala dosa-dosa silam kau (kifarat).. jangan putus asa dengan rahmatNYA, betulkan balik hidup kau, DIA dah terlalu rindukan suara rintihan kau meminta-minta padaNYA..

*******************



~gambar : google.com

"Allah tak menjanjikan matahari akan bersinar sepanjang zaman, juga tak menjanjikan bumi akan basah sepanjang masa dengan curahan hujan lebat" ~ lebih kurang macam ni la ayat dalam novel "Hujan Pun Menari" karya Norhayati Berahim.

sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

padle said...

byk2 surat,knape la ko pilih yg ni gak..amek la surat kenaikan pangkat ke,surat saman ke....

Siti Nursalma said...

so true?

IllianaHidayah said...

padle : aku pilih surat ni due to rasa frust sebab surat posting aku xdapat lagi..hapagass btol~

siti nursalma : yang pernah try mybe true la kot..hehhee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...