Saturday, December 25, 2010

Siapa Lelaki Setia?? Angkat Tangan!!

Assalamualaikum!
Hye semua!
before this saya pernah buat entry pasal lelaki yang curang..tak mau komen banyak pasal entry tu, kalau kau rasa kau nak tau kau SINI MARIII

actually, saya tak pernah nafikan dalam dunia yang serba canggih manggih ni, still wujud lagi lelaki yang setia, menghargai kaum wanita, menghargai kasih sayang.. mungkin girls yang pernah dikhianati tu masih belum jumpa lelaki yang macam tu..

ada satu pendapat Dr. HM Tuah Iskandar, beliau kata lelaki ni dia cukup pantang kalau dicurigai, contohnya kalau boyfren kau ni jujur, tapi kau still ada rasa sangsi, selalu tembak dia ada perempuan lain, bila dah sampai tahap dia bosan, dia akan betul-betul ada perempuan lain. pendapat ni saya sokong, sebab saya pun tak suka dicurigai, tak suka ditembak dengan prasangka yang tak berasas, korang pun sama la kan?

lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. lelaki yang baik akan sentiasa menyenangkan semua orang terutamanya ibu bapa dia.. bila anak perempuan berkahwin, mak bapak ni dah terlepas tanggungjawab terhadap anak perempuan, sebab tanggungjawab tu dah beralih kepada suami.. tapi lelaki biarpun dah kahwin, tetap ada tanggungjawab terhadap ibu bapa, adik-adik.. lelaki yang macam ni kalau dia nak mainkan hati perempuan pun dia akan fikir 87x sebab dia akan terkenangkan kakak dan adik perempuan dia yang turut nakkan kebahagiaan.

lelaki yang baik sentiasa upgradekan diri untuk mendapat selangkah kemajuan dalam hidup. mungkinlah pada awalnya kita nampak lelaki ni jenis yang main-main, tak serius, sebab kita pun tau perempuan lebih awal baligh daripada lelaki.. kan? so, lelaki yang baik akan ada mission and vision yang nak dicompletekan.. sebagai contoh, dia letak target nak kahwin umur 26, so he will put hard efforts untuk kumpul duit, rajin berkerja, kurangkan masa nak flirt tak tentu arah.

lelaki yang baik always know how to appreciate.. sebab lumrah lelaki sendiri mahu diri dihargai.. biarlah sebelum ni dia dikenali sebagai buaya tembaga atas darat ke, play boy tahap dewa 87x ke, once he met his love, everythings will change. sampai ke satu tahap, kawan-kawan sekeliling pun takkan percaya buaya tembaga darat dah berubah hanya kerana seorang gadis biasa!

nasihat untuk girls yang pernah dikecewakan, percintaan adalah satu perjudian, kau takkan tahu nasib kau sama ada kau mampu dinobatkan sebagai juara, ataupun akan ada orang lain yang pijak kau untuk menyandang kejuaraan secara KOTOR! tapi biarlah kau sakit dipermainkan dalam alam percintaan daripada kau sakit dikhianati dalam alam rumah tangga.. tiada istilah "UNDO" untuk sebuah perkongsian rumah tangga.

untuk kaum lelaki yang setia, teruskanlah kesetiaanmu, kerana sesungguhnya hanya kesetiaan dan keikhlasanmu yang mampu mencairkan sekeping hati wanita yang pernah dikhianti.. bajailah pohon cinta itu dengan kasih sayang yang berpanjangan, moga tunas-tunas yang merimbun akan menghasilkan buah yang enak untuk dinikmati hingga akhir zaman..


ehh??? ayat atas bukan main berbunga-bunga, keluar pulakkk gambar Jolie and Pitt~ saya save dari google ni.. nak buat contoh one of pasangan yang romantik! waaawwww!!!! i suka jolie sebenarnya... muahahahah..

berbahagialah insan yang menerima pasangannya seadanya mereka..

sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

Ila Aqilah said...

fuuhh! terbaiklah kak yana..hopefully kita2 dapat lelaki yg cam kak yana nyatakan..aminn..hehe.

IllianaHidayah said...

insyaAllah sayang...sama2 kita doakan eh...pengalaman adalah guru terbaik~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...