Tuesday, December 21, 2010

Rayyan Fantasi~

Assalamualaikum!
selamat hari selasa semua~
yang baru membelek surat khabar..kesiankan mangsa nahas kat cameron tu, semoga dapat dijadikan iktibar oleh semua ye.. tazkirah pagi selasa ye kawan-kawan~muehehehhe
yang baru nak sarapan tu, makan elok-elok,
yang belum bangun tidoq, sila bangun wehhhh~matahari dah tegak atas kepala~
hahhaha..

so, saya nak discover novel terbaru Ramlee Awang Murshid - RAYYAN FANTASI

Sinopsis :
Aiddin memiliki sebuah keluarga yang bahagia bersama bapanya Ibrahim dan mamanya Supinah. Namun, Supinah bukanlah ibu sebenar Aiddin. Susur galur keturunan Aiddin dirahsikan oleh bapanya Ibrahim.
Aiddin membesar sebagai manusia yang pintar, bahagia memiliki keluarga yang sangat menyayanginya dan tunang - Feena yang setia kepadanya. Namun, kebahagiaan itu diragut apabila Aiddin disahkan menghidap barah otak tahap keempat.
Impian terakhir Aiddin ialah hendak mendaki Gunung Kinabalu, tercapai! Akan tetapi, Aiddin hilang tatkala kabus tebal meliputu pergunungan tertinggi itu.
Selepas 5 tahun, Aiddin muncul dengan membawa 1001 rahsia.
Benarkah telahan Mie Long bahawa Aiddin mempunyai ilmu saka?
Berjayakah Zaidan mencuri hati Feena yang lara akibat kehilangan tunangnya?
Dan persoalan utama : Siapakah Aiddin yang sebenarnya?

nak jawapan? dapatkan novel Rayyan Fantasi!

~Rayyan Fantasi

saya memang suka baca novel karya RAM ni sebab bagi saya, novel yang beliau hasilkan adalah novel yang lain daripada yang lain. bermula daripada tajuk novel, watak, persoalan, latar tempat dan sebagainya memang berbeza..
ramai orang kata novel abg RAM ni cerita bunuh-bunuh ja, tapi tak ada cinta-cinta. untuk pengetahuan you alls, novel abg RAM semuanya ada persoalan tentang cinta, tapi bukan persoalan berbentuk klise, persoalan cinta yang dibawakan oleh abg RAM memang akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati pembaca. Kalau tak percaya, saya jemput semua untuk baca trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta.
Mr.Illiana yang dulu pandang rendah pada novel pun melompat-lompat dapat hadiah novel abg RAM~wakakakka! ooppsss.. terkantoi rahsia pulakkk.. hahahha



untuk bro Padle , ni lah novel terbaru RAM yang ko tanyakan tu ~ Rayyan Fantasi

sekian~babai
I could not ask for more

7 comments:

padle said...

hehe..ko da bole jd secretari RAM..g jmpe die mntak upah..:P

IllianaHidayah said...

hahahha...aku dah jumpe die dah aritu...die belanje aku chicken mc deluxe :)

soffya cik bulan said...

kita pn suka sgt2 novel dia nihh
tp yg ni blm bc lg. bak pinjam. hohoho

padle said...

yeke..ko mesti da bli novel die yg baru ni kan..ke,ko dpt pree?hee
da abes bce nnt aku nak pinjam tau!

IllianaHidayah said...

Soffya cik bulan : belum baca? jgn lupe baca eh..best ooooo~

Padle : mustilah aku dah baca, tapi bukan dapat preee aaa.. aku beli skali otograf~muahahaha

Yuni Aisyah said...

sy pun suke hasil penulisan RAM...paling sy suke novel bertajuk cinta sang ratu...cerita yg sgt berbeza dr novel2 cinta yg lain...

IllianaHidayah said...

Yuni : ha'ah..novel RAM ni memang lain dari yang lain.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...