Saturday, December 25, 2010

Meh Sini Peminat Bola Girl Nak Pesan

Assalamualaikum!
selamat malam!
belum terlambat.. selamat hari natal untuk yang menyambutnya hari ni.. :)

makaaaa..
esok 26 Disember 2010, adalah hari yang kita semua rakyat Malaysia nanti-nanti, Malaysia vs Indonesia untuk Piala Aff Suzuki 2010..
oleh itu, saya nak ucapkan selamat maju jaya untuk skuad bola sepak tanah air yang akan diketuai oleh kapten no 8, Syafiq Rahim.. (bro.. kawal emosi eh, jangan jadi macam game lawan Vietnam itu hari aaaaa..), kembalikan maruah bola sepak tanah air kita, lakukan yang terbaik!

buat para penonton yang akan berkampung di Stadium Nasional Bukit Jalil, behave masa tengok bola tu, kau kalau nak sorak, sorak lah, tapi kalah menang adat berlawan.. kalau kau bakar segala yang ada kat stadium tu pun kau takkan dapat ubah keputusan pun, malah kau akan lebih susah bila kau kena tangkap segala.. so, tunjukkan bahawa rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa.. (budi bahasa budaya kita~nyanyi macam Siti! eh..tiba-tiba..), jangan kasi malu seluruh rakyat Malaysia dengan tingkah laku negatif, baling mercunla, maki sesama penonton segala.. dah besar kan.. tak payah tegur banyak-banyak..lagi satu player-player tu main kalau kalah pun ada habuan, kau apa dapat???

Thanks to RTM yang akan siarkan siaran langsung match ni on 8pm!
maka tak payahlah saya tensen2 terlepas 30minit babak awal..muahahhaa...
berjuanglah sejiwa murni (pinjam lirik skuad kenari japppp)~
selamat maju jaya guys! Malaysia Boleh~~


sumber : google.com

p/s : hati-hati bawak moto wahai Mr.Illiana

sekian~babai
I could not ask for more

4 comments:

padle said...

jumpe kat sane!
aku tggu kat green gate ok!

Eryati said...

harap2 xde org men baling2 kat sana...

ReDPRiNCeSs said...

yay malaysia menang...;)

IllianaHidayah said...

padle : hahhaa....menaaangggg!!!!!

eryati : skrg dah advance sket, main laser...hahhaha

Red : yezzaa! sampai terjaga izzah yang tgh tdo dengar kiterg sorakkk...muahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...