Monday, December 27, 2010

Korang Ingat Korang Je Pandai Menari??? Hujan pun Menari Tau~

Assalamualaikum!
Good morning guys!!
ada yang suara tak keluar tak pagi ni sebab bersorak sakan sangat semalam? heheheh..
kalau ada yang suara tak keluar, tak pe, jangan risau, korang boleh isi masa korang dengan baca novellll~ lepas korang punya suara dah ok, korang sambung balik lah bersembang dan bergossip okk?

Novel yang saya suggestkan ialah :~ HUJAN PUN MENARI


sumber : google.com

Sinopsis :
Muna- anak sulong yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap adik-adiknya Dawood, Majeed, Zaki dan Mariam. Anak kepada seorang guru dan ustaz.. Entah di mana silapnya, abahnya berkahwin lagi sekaligus menghancurkan sekeping hati umi dan adik-adik.. Namun Muna masih bersyukur kerana kasih sayang abah masih utuh buat umi dan adik-adik.. Takdir menentukan abahnya harus berpegang kepada janji Allah, pergi meninggalkan mereka ketika pulang dari tempat mengajar..
Qurban- lelaki yang dikenali sejak dari kecil sentiasa berada di sisinya tatkala susah dan senang.. Dol Azim muncul menghulurkan salam persahabatan sekaligus menyemarakkan api cemburu Tuminah.. Tanpa memikirkan hak dan batil, Tuminah berazam mendapatkan Dol Azim biarpun dengan cara yang keji.

daahhhh~sampai situ je yang boleh saya ceritakan, kang tak pasal-pasal Norhayati Berahim ni saman saya pulakkk..hehehe...

Ulasan peribadi saya :
Novel ni ala-ala Bukan Puteri Lindungan Bulan sebab penceritaan bermula dari Muna kecil sampai tamat belajar, bekerjaya dan berkahwin.. tapi jalan cerita di tahap biasa.. mungkin jugak sebab saya ni suka baca genre Ramlee Awang Murshid kot.. Lagi 1 yang saya agak tak paham bila isu abah Muna berkahwin lain ni seakan-akan tergantung, hanya sedikit penjelasan yang diberikan..Overall is not bad.. :) boleh je kalau nak baca sambil kawal suara korang yang masih serak-serak tu kan..heheheh...

sekian~babai
I could not ask for more

5 comments:

ReDPRiNCeSs said...

wah rajin ek baca novel cuti2 ni...unik betul nama2 watak dlm novel tu..huhu

azwa_amani said...

suka norhayati berahim..

IllianaHidayah said...

Red : aku bosan tahap dewa...tu yang jadi camni..dpt claim aritu aku beli 3 novel termasuk yg ni.. (cam kaya jek kan)

azwa_amani : tryla Ramlee Awang Murshid lak..lagi best :)

starsyeea said...

waaaweeee...buku baek nmpak...nak cari dgn rayyan fantasi skali la...:)

IllianaHidayah said...

starsyeea : hehehe...bagus2...cariklah eh...kalau baca rayyan fantasi tu jaga2...jgn smp berfantasi.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...