Wednesday, December 1, 2010

Bahagia Perlu Dicari, Bukan Dinanti..

"Aku nak bahagia itu menjadi milikku"
"Aku akan bahagia bila aku dapat bersama yang tersayang"
"Aku akan bahagia bila impianku menjadi kenyataan.."
"Aku akan bahagia bila melihat kejayaan insan yang aku sayang"
"Aku adalah insan yang paling bahagia bila kau sudi menjadi suri hidupku.."

tu dialog-dialog yang sering kita dengar bila kita bercakap soal BAHAGIA..
namun, adakah bahagia dalam erti kata sebenar apabila berjaya mengahwini jejaka/gadis yang menjadi idaman malaya? bahagia bila harta tinggi menggunung? bahagia bila mampu mencapai segala yang dihajati? bahagia bila berjaya menindas dan melihat air mata insan lain? bahagia atas dukcita kaum sejenisnya?

kalau itu yang ditafsirkan sebagai BAHAGIA, saya nak tanya, berapa lama pulak kebahagiaan ini akan bertahan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? 10 tahun? atau sampai mati???

pelikkan bila ada yang mengatakan bahawa dia lebih hensem/ cantik, maka selayaknya dia mampu mengambil alih hati kekasih orang lain.. pelik jugak bila ada harta yang bertimbun, tetapi masih lagi iri hati dengan kejayaan orang lain.. pelik juga bila dah berjaya menindas dan melihat air mata orang lain, kemudia masih lagi tercari-cari idea lain untuk terus beraksi menjatuhkan orang seterusnya.. adakah tindakan mereka ini menjamin kebahagiaan itu milik mereka sepanjang hayat?

saya tak pandai nak bagi dalil-dalil naqli sangat, tapi yang ini saya tersangatlah ingat sebab dulu masa kat maahad ada satu dinding yang tulis "sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
dan kebetulan saya terbaca pulak dalam majalah solusi volume 25 yang ada senaraikan beberapa langkah untuk capai bahagia..

  1. dahulukan cinta Allah berbanding cinta manusia..
  2. berkahwin untuk berkongsi kebahagiaan..
  3. cari bahagia untuk diri sendiri..

saya tertarik dengan langkah ketiga yang dicadangkan iaitu "cari bahagia untuk diri sendiri".. saya bagi contoh, Si A dan Si B berkawan 10 tahun lama, Si A selalu bersama Si B di saat gembiran dan duka Si B, dan pada suatu hari, Si A meninggal dunia kerana penyakit kronik, adakah Si B juga perlu mati???

jawapan waras daripada kita yang tak mengalami situasi ini mestilah TIDAK! tapi kalau kita yang berada di tempat Si B, sangat perit untuk melangkah walaupun setapak meninggalkan apa yang kita ada.. tapi kebahagiaan tidak akan datang bergolek, mahu atau tak, Si B perlu berani untuk terus melangkah tanpa meoleh ke belakang lagi.. kerana bahagia yang dicari menanti di hujung sana.. percayalah pada janji Allah.. insyaAllah bahagia itu akan menjadi milikmu..

*roda kehidupan sentiasa berputar, satu ketika kau tersenyum melihat tangisanku, dan kini aku tersenyum melihat kau menjadi sasau.. terima kasih Tuhan.. tiada percaturan yang lebih adil berbanding percaturanMU..

sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...