Sunday, December 5, 2010

Antara "Saya Mintak Maaf" dan "Saya Maafkan Awak" Yang Mana Lebih Mudah Nak Buat??

Situasi 1 :
A : aku sedar, aku banyak lukakan hati kau, aku mintak maaf..
B : mudahkan mintak maaf? Aku yang tanggung segala kesakitan!
A : aku mintak maaf..
B : your sorry mean nothing to me, hati aku terlalu sakit dengan apa yang kau dah buat!


Situasi 2 :
C : aku tau banyak sangat kesalahan aku pada kau..
D : tak apa, aku maafkan kau..
C : kau maafkan aku? Biarpun aku tak pernah menyebut perkataan maaf?
D : cukuplah kalau kau sedar yang kau salah, jangan ulangi lagi..


……………………………………………………………………….

Itu 2 situasi yang saya bawakkan untuk renungan kita bersama..
“Saya mintak maaf” dan “saya maafkan awak”.. yang mana lebih mudah?
Bila kita bersalah, tapi kita tak mintak maaf, orang akan kata kita tak sedar diri, dah buat salah tak reti nak mintak maaf..
Bila kita tak maafkan orang pun, orang akan kata “sedangkan nabi pun maafkan ummat, inikan pulak manusia macam kita”
Dan bila kita tak mintak maaf atau kita tak maafkan orang, mesti kita akan dikaitkan dengan EGO, betulkan?

Istilah “saya mintak maaf” perlu diucapkan dengan penuh kekesalan dan kesedaran supaya tidak akan ada lagi pengulangan perbuatan yang menyakitkan hati tu..
Kalau pun di bibir selalu sangat sebut “maaf! Sorry!”, tapi selang 2 minit buat benda yang sama, sakitkan hati orang lain jugak, apa guna maaf yang diucapkan? Macam tak berharga pulak perkataan maaf tu..

Sama jugak dengan istilah “saya maafkan awak”.. kalau tak dilafazkan seikhlas hati, mampukah kemaafan diberikan dengan dada yang lapang dan dapat mulakan perhubungan yang jernih?
Terkadang manusia susah nak memaafkan sebab terlalu dalam sakit yang ditinggalkan.. contohnya macam mana seorang ibu yang tak mahu maafkan anak yang derhaka, isteri yang tak mahu maafkan suami yang curang, suami yang tak mahu maafkan isteri nusyuz dan macam-macam lagi. Dengan kesakitan yang dah mereka lalui, wajarkah mereka dipersalahkan apabila ungkapan “saya maafkan awak” itu terlalu sukar untuk dilafazkan?

Masa tak mungkin dapat diputarkan kembali untuk mengubati kelukaan, kesakitan, kesengsaraan yang dialami.. Jadi, bila ungkapan itu sukar dilafazkan, usahlah individu itu dipersalahkan, kajila balik apa yang telah kau lakukan sampai susah sangat kau nak dapat kemaafan dari dia.. mungkin kau boleh cakap “memaafkan adalah perbuatan yang sangat mulia”.. YES! Itu tak pernah dinafikan, but its easier said than done.. kan?

Banyak-banyaklah berdoa supaya hati kita lembut untuk mengungkapkan kata-kata maaf dengan hati yang ikhlas agar kita memperolehi kemaafan juga dengan hati yang ikhlas.


sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

CERITA LEBAT said...

betul gua sokong,maaf ni perlu dilafaskan sepenuh hati n seikhlas2nya..

IllianaHidayah said...

CERITA LEBAT : thanx bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...