Monday, November 8, 2010

Ohh.. Apakah Petanda Ini..???

meh sini rapat-rapat sikit.. nak cerita ni... hehehe... cakap dah lama tak baca saya bergebang kan.. sampai ada orang tu even tau saya tengah bercuti pun bukak jugak blog saya dengan harapan saya update.. even saya berada di sebelah! hahaha... fanatik analizzamani ni.. nanti boleh dapat award!

satu hari, saya, elly, yuyun, fusani dengan lala keluar sama-sama.. cadangnya nak karoke.. so, kami pun melangkahlah ke tempat karoke tu dengan penuh riang ria..bila sampai saja tempat karok tu, saya dah pelik kenapa macam sunyi sepi sangat tempat ni.. hall lengang ja ni.. saya suarakan kepelikan saya pada elly.. tapi elly kata "ala...weekdays kan memang lengang.." saya pun boleh la terima alasan beliau.. kami masuklah tempat tu dan lala amik tugas ke kaunter pertanyaan, saya dengan sepantas kilat bergerak ke hall nak jenguk kawasan.. (biasalah..dah eksaited sangat nak karOk kan..).. tiba-tiba saya macam nak terberhenti jantung bila tengok semua pelanggan kat situ tengah melutut dengan tangan di kepala.. pastu dekat hujung corner tu saya nampak ada sorang pak lebai tengah pandang saya.. waaa! Jabatan Agama Islam Johor tengah buat ambush! matilaaaaaa....!

bila saya gerak ke tempat kawan-kawan saya, its too late already untuk keluar dari kawasan tu.. ada sorang pegawai JAIJ ni cakap "dah2..tak payah rasa nak larikan diri, tunggu je kat situ.." adesss! apakah! kami semua dah pucat lesi dahla kan...haishhh... cadang nak bergumbira, tapi lain pulak jadinya...

berhampiran dengan tempat karOk ni adalah satu booth aksesori handfone, so ada sorang abang kedai ni (muka macam abg ain fotostat..muahahaha, tapi bukan abg ain fotostat okkk) gelakkan saya.. dia cakap "tula...kalau yana bagi no fone yana kat abang kan senang, apa-apa boleh abang roger".. haishhh! masa tu saya mencebik je.. "bagi sini no yana kat abang.." so, saya pun bagilah dengan harapan dia boleh tolong keluarkan kiterg ikut jalan rahsia yang dia tau..

tiba-tiba datang sorang pegawai JAIJ yang agak baik hati.. "saya tau, sesetengah yang datang sini bukanlah untuk buat perkara tak senonoh, mungkin sekadar nak bersuka ria dengan kawan-kawan, jadi saya bagi peluang untuk anda buktikan anda tak bersalah.." gilaaa... baikkan pegawai ni... bersinar-sinar mata kami nak buktikan kami bukan datang nak buat gilaaa... pegawai ni mintak kami kayuh kenderaan macam gabungan 2 basikal, ada seat sampai 5, tapi dia kena start guna starter macam skuter yuyun.. so nasib kami baik sebab kami ada bf si yuyun ni yang boleh tolong startkan.. benda ni kena setelkan dalam masa 3 minit..sesiapa yang boleh sampai dalam masa 3 minit akan dilepaskan daripada dakwaan "kena tangkap di pusat hiburan" scarryyy gilaaa kan bunyiknya..mau malu kalau kena dakwa camni..

so, kiterg pun berusaha dengan sedaya mungkin.. dan akhirnya berjaya sampai.. mestilah berjaya, we all budak pj okkk...!bila dah berjaya, kiterg pun dilepaskan.. bila berjalan melalui depan booth handfone abang ni.. dengan slumbernya dia kata "laa... kenapa main benda alah tu, abang boleh tunjukkan jalan keluar..." wahh.. masa tu saya dah rasa nak lancarkan serangan carutan yang maha dasyat... tapiii...

saya TERJAGA DARI TIDUR sebab jam dah pukul 9pagi! demmm! MIMPI rupanya! macam reallll ja dowhh... bikin gua gelabah ja... haishhhh!!!!

hehehe... jangan maki saya okk.. just nak kongsi mimpi je.. selalunya saya jarang ingat mimpi ni sedetail ni.. bila dah mimpi, terjaga je terus lupa.. tapi mimpi ni memang ingat satu per satu kott.. gilaaa ahhh!

bila cerita mimpi ni pada Mr.Illiana tima dia call saya, respon simple beliau seperti biasa "wahh..taulah budak pj, mimpi pun berkaitan dengan fitness jugak..."

sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

Miss Aizamia said...

aiyorkk!!!aku ye2 je bace dgn sesuspen yg mungkin.. mcm real dowh.. hehe

IllianaHidayah said...

tau xpe...mcm real jek kan.... series...ni la mimpi yg yana igt sedetail2nya...
tersentak kot...haishhh!

Anonymous said...

len kali sblm tdq bsh kaki....
pastu mmpi xsmstnya jd kenyataan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...