Friday, November 12, 2010

Lepas Belajar Kena Terus Kawen??

boleh tak malam ni nak bukak isu panass + sensitif sikit? yela.. sekarang ni asyik hujan je malam-malam kan.. so, kasi haba sikitla kan...

korang mesti pernah dengar soalan yang bunyinya macam ni.. "dah habis belajar ni, bolehla kawin ye.." "takkanlah masa belajar dulu tak de sape-sape yang rapat..?" "orang lain sebaya awak ni dah beranak pinak tau.. perempuan ni belajar la setinggi mana pun, ceruk dapur jugak nanti.."

mesti selalu dengar kan..? even sekarang ni dah abad ke 21 dan penuh dengan segala inovasi dan teknologi.. tapi soalan-soalan cepu gangsa cepu perak still ada lagi.. so, jomlah kita cakap secara rasional..

korang mesti jugak pernah terbaca, dengar pasal "lahirnya anak adam di muka bumi, telah tertulis untuknya rezeki, jodoh dan ajal" kan? so, saya sangatlah pelik kenapa bila kita dah tau pasal jodoh semua ni di tangan tuhan, kita masih lagi nak mendesak dengan soalan-soalan macam ni.. iyee... betul.. jodoh kena usahakan jugak.. tapi lets say la kalau jumpa calon, then kriteria masih lagi belum cukup, boleh jatuh HARAM tau nak kawin.. jangan main-main, memanglah kawin ni sunnah nabi..tapi bila kemampuan masih belum stabil, janganlah tanggung risiko.. perkahwinan adalah perkongsian kehidupan 2 insan yang memerlukan kematangan dan kesabaran, bukan sekadar untuk memenuhi nafsu dan kehendak.

saya cakap bab ni bukanlah nak menghentam sesiapa, cuma saya rasa nak membela diri saya dan juga girls out there yang selalu ditembak dengan soalan-soalan macam ni.. kepada yang bertanya.. ya.. terima kasih kerana sering mengambil berat perihal saya.. memang saya akan tamatkan pengajian 5 tahun setengah saya dalam masa beberapa hari lagi, tapi itu bukan bermakna saya juga akan tamatkan zaman solo saya dalam masa terdekat. cita-cita dan impian saya masih banyak yang belum terlaksana.. perjalanan karier saya baru hendak bernafas, come on!! i need space, i need my own privacy..

saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan sebaya saya atau yang lebih muda dari saya yang dah berkeluarga dan mungkin juga yang telah menimang cahaya mata.. jadilah pengasuh yang baik dalam mendidik anak-anak.. kadang-kadang kita mempersoalkan kenapa anak-anak membesar tak seperti yang kita harapkan, tapi kita lewat menyedari bahawa kekhilafan kita dalam membesarkan mereka.. dari segi darah daging yang terbentuk, segalanya di tangan kita.. jujur saya katakan, saya masih belum mampu bersedia dari segi segalanya.. banyak lagi yang perlu saya pelajari.. mungkin saya hebat di alam perguruan, tapi belum tentu saya mampu hebat sebagai seorang suri di hati seorang lelaki.. so, saya masih perlukan ruang untuk saya menjadi hebat sebagai seorang suri.. saya malu okk kalau dah kawen saya cuma hidangkan telur dadar dengan sardin je kat husband, saya jugak malu kalau husband saya kena basuh, sidai and iron baju... so, saya perlukan masa untuk jadi hebat sebagai suri yang bekerjaya.. awal-awal kawin bolehla laki kau cakap "takpala..sayang boleh belajaq masak pelan-pelan.." "takpala, kita boleh makan kat luaq.." lama mana laki kau boleh tahan..?? kan?

alam kapel lain, alam rumah tangga lain.. kalau bosan dalam kapel atau rasa tak serasi, masih boleh diputuskan, tapi kalau tak serasi dalam rumah tangga di awal perkahwinan.. sanggupkah hidup dengan title J?? ohhh tidakk!! nauzubillah... saya mohon dijauhkan.. kepada yang sering bertanya, kehidupan saya ni masih riang ria seorang remaja (even dah mungkin nk masuk dewasa dah..), masih lagi menangis di bahu umi, masih lagi merajuk dengan umi abah.. segalanya masih seperti kanak-kanak.. of coz la saya tak nafikan, bila tengok orang lain dah naik pelamin, rasa teringin jugak nak jadi cantik macam tu.. tapi saya yakin, masa saya akan tiba...

tak perlu iri hati dengan kebahagiaan orang lain sebab kita masing-masing ada habuan masing-masing yang dah ditetapkan.. maybe wife yang kau dapat ni tak secantik siti nurhaliza, tapi dia mampu didik anak-anak kau jadi doktor yang berpegang pada islam.. mungkin jugak husband yang kau dapat ni technician dan bukannya engineer kat kilang Toyota, tapi husband tu la yang mampu membahagiakan dan setia pada ikatan perkahwinan kau.. siapa tau kan?

so, sama-samalah kita renungkan... tak perlu bermegah dengan menjerit ke seantero dunia, sebab kita tetap kerdil di sisiNYA..

sekian~babai
I could not ask for more

5 comments:

diriku said...

he2..keje dulu, cukupkan keperluan famili..kemudian baru la fkir kawen..

ReDPRiNCeSs said...

biasala tu....org2 yg bertanya tu risau kot kalo2 kite x dpt jodoh...so blehla dorg jadi carikan...huhu

IllianaHidayah said...

diriku : tula...klu tak stabil cane nak kawen, nk langsung majlis segala...takkan nak g curik duit org lak kan...

Red : aku rimas dowh...yg nk compare2 tu yg paling aku rimas..

JANGANbingit said...

hahahaa. erk sy suke ini tajuk.
muahhaa. cik kecik ni pun masak tak terer. cik kecik ni pun tak reti nk urus masa sgt.
tapi tahun depan cik kecik nk kawin?cmne?

JANGANbingit said...

cik kecik ni suke dgn entry ni.
tapi cik kecik tak reti gk nk masak.
bukan tk reti tp tak expert.
cik kecik ni pun tk pndai sgt urus masa.
tp cik kecik ni nk kawin gak.cmne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...