Friday, November 26, 2010

Bila Saya Boleh Posting?? Saya Janji Saya Takkan Bersikap Sebegini...

semalam masa on the way nak amik adik izzah kat rumah pengasuh, umi sound saya tiba-tiba.. "kak..kalau dah keja nanti, jangan buat perangai.."
maka dengan serta merta darah menyerbu ke muka..! cuak!
"awatnya..?"
lalu..bermula gosip antara 2 beranak yang selalu bergosip dalam kereta.. kenapa? sebab bila dalam kereta, hanya tinggal kami berdua...so kalau saya nak hentam sapa-sapa memang boleh kaw-kaw punya hentamla...kira no heart feeling la dengan umi saya ni..
eh..balik kepada cerita..
"ni ha.. cikgu baru sekolah umi, dahla mula lapor diri, dah pandai nak demand-demand, dok merungut kat orang kata rumah jauh la apa lah, bila orang suggestkan rumah sewa buat dekkk ja.. mentanglah dua tiga hari ni boleh tumpang dok asrama.. lepas tu bila bagi subjek nak ajar, mula ngelat.. tak retilah, susahlah, bukan opsyenlah.. nampak sangat tak minat jadik cikgu.."
haaa... kan..kan... korang dah buatkan umi saya selaku cikgu yang dah agak senior tak puas hati.. dan saya apa lagi.. tambah semangkuk!
"haisshhh...depa ni...cubalah bawak syukur sama dah bboleh posting, gaji dah jalan.. ni kalau macam kami yang tak tentu hala lagi nak posting ni kan lagi teruk.. apadaaaa!"
nak komen lebih pun tak boleh jugak kan.. sebab tak semua orang akan berperangai camtu... sesetengah cikgu baru memang sangat hebat, kaya dengan budi bahasa dan lain-lain.. dan sesetngahnya pulak memang jenis tak hentang orang.. teringat dulu masa kat iptho, ada sorang pensyarah ni sound student yang baru daftar.. "kami tak jemput awak masuk ke sini, awak yang apply, jadi kalau awak rasa tak berminat, pintu pagar tu masih terbuka lagi untuk awak keluar" bunyi macam kasar je kan.. tapi bila kita berfikiran postif, kita akan tau maksud yang tesirat di sebalik kata-kata yang kasar tu..
pada saya, kalau dah rasa tak minat nak jadi cikgu, janganlah jadikan kerjaya cikgu ni sebagai last choice kau.. sebab kau nak mengajar dalam jangka masa yang sangat panjang.. bila kau tak dak hati nak mengajar kau akan menghancurkan 1 generasi punya kecemerlangan.. lets say setahun kau akan ajar paling kurang 100 orang murid.. kau akan berkhidmat lebih kurang 30 tahun baru kau pencen, dah berapa banyak nyawa yang kau hancurkan dengan sebab kau tak mengajar dengan hati kau??? come on... ayat ni sangat simple.. use your brain la to think..
insyaallah.. saya akan jadikan umi saya dan kak long saya sebagai idola dalam bidang perguruan ni.. semangat mereka berdua sangat tinggi menjulang.. sanggup berkorban segalanya demi untuk anak-anak didik..

p/s : bila boleh dapat tau posting ni..??? saya nak posting cepat-cepat.. tak mau jadi penanam anggur dah...

sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

MissNafa said...

etul tuh. ramai orang sekarang nh jadikan cikgu sebagai last choice. kalau dulu kerjaya pendidik dipandang tinggi. tapi sekarang orang anggap ia cuma sebagai pekerjaan pilihan terakhir. apa-apa pun.. hati mesti ikhlas ..

IllianaHidayah said...

thanx ya MissNafa.. semoga kita sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...