Saturday, October 30, 2010

Women can forgive NOT forget

letih! tersangat letih!
sejak dua tiga menjak ni, macam-macam yang terjadi.. yang semua menduga sebuah kesabaran, mencabar iman yang senipis kulit bawang..

one of yang sangat menjengkelkan is anonymous ni la.. yang dah saya pastekan dalam entry-entry sebelum ni.. actually, ada lagi komen dari anonymous ni.. dia kata rugi sapa yang kawan dengan saya sebab saya seorang pendendam..

saya tak rasa marah dengan tuduhan tu, sumpah! saya tak rasa marah.. sebab hanya saya saja yang kenal diri saya.. hanya orang-orang yang terdekat saja yang kenal saya.. kalaulah saya seorang pendendam.. alangkah puasnya hidup saya sekarang..

dulu tatkala saya diheret dan dihumban ke zaman yang maha gelap, saya menangis, merintih, menyesali takdir dan nasib malang saya.. lalu saya bukak blog ni untuk saya hilangkan segala rasa saya.. tatkala itu saya rasakan hanya kematian yang mampu hilangkan segala kesedihan saya.. namun saya silap.. masih ada lagi insan-insan yang sudi menceriakan hidup saya, membawa saya keluar dari kehidupan yang maha kelam tu.. lalu saya mengorak langkah tanpa berpusing lagi.. no turning back! dan saya sematkan dalam hati saya.. saya perlu cari bahagia sendiri.. ya.. Allah sayangkan saya.. walaupun saya sering ingkar padaNYA..

jika saya seorang pendendam, pastinya mereka yang merampas kebahagiaan saya akan menerima padahnya.. jika saya seorang pendendam, sudah pasti saya akan menghuru harakan kehidupan mereka yang mengganggu kehidupan saya.. dan jika saya seorang pendendam, sudah pasti orang yang membuang saya tak mampu hidup dalam senyuman dan riak bahagia..
saya perempuan.. yang diberikan ingatan yang kuat dan susah untuk melupakan segala yang terjadi.. mungkin saya boleh memaafkan, mungkin juga tidak.. mungkin juga saya mampu melafazkan ucapan "aku maafkan kau", tapi saya tak mampu singkirkan titik hitam yang tersemat akibat perbuatan zalim tu.. saya mampu merakam memori dan kenangan terindah, dan saya juga mampu merakam saat derita menyapa.. saya bukan perisian komputer, yang boleh tekan butang "delete" untuk membuang segala dokumen yang tak diperlukan.. saya juga bukan perisian komputer yang mudah diserang virus untuk melenyapkan ingatan saya.. saya adalah insan yang tak mudah melupakan setiap apa yang terjadi..

ya.. hati saya keras! sukar untuk memaafkan.. sebab saya boleh bezakan kemaafan yang dipohon secara ikhlas atau sebaliknya.. saya sukar memaafkan kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang sangat kejam untuk saya.. saya ditipu secara terang-terangan! dalam jangka masa yang panjang! salahkah saya mengambil masa yang panjang jugak untuk memaafkan? atau dengan kata yang mudah saya belum terbuka hati untuk memaafkan!

ya! saya mungkin akan dikatakan ego! saya terima! saya ego dalam mempertahankan keputusan saya.. kerana ego ini saya ambil keputusan untuk berkata "tidak".. kerana ego ini juga saya mampu teruskan apa yang sewajarnya saya teruskan.. saya tak kisah dikatakan ego dalam mempertahankan hak saya. ego saya bertempat.. saya bukan ego dalam membandingkan kehebatan lelaki dan perempuan.. saya bukan ego untuk mengaku salah saya.. tapi salahkan saya ego dalam mendapatkan kembali hak yang sememangnya wajib dipulangkan kepada saya biarpun telah dilangsaikan sebanyak 70%???? egokah saya? ya! saya ego..

saya benci dia.. saya terlalu bencikan dia.. saya sangat bencikan dia..
saya menyesal mengenali dia.. saya terlalu menyesal mengenali dia.. saya teramat menyesal mengenali dia..
saya bukan pendendam... sebab saya tak pernah membalas dendam.. saya hanya manusia yang susah melupakan segala yang pahit..

sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

ReDPRiNCeSs said...

sabar ek yana...time will heal...jgn terpengaruh sgt dgn si anon tu...nama dia sendiri pun dia x brani nak cakap...so mmg xleh pakai la kata2 dia sbb dlm penulisan ilmiah pn takkan nak tulis (anonymous, 2010)...huhu

Cik Bucken said...

lame dah tak singgah sini..huhu
samelah. cikbucken pon leh maafkan, tp nak lupekan mmg susah.cukuplah kalau kita kate maaf utk sedapkan hati org. -_-"

IllianaHidayah said...

Red : problem is dia sgt menejengkelkan aku.. redah blog aku tanpa pengenalan diri.. nak buat2 alim ulamak nasihat aku macam2..memang carik pasal aku maki je la...

Cik Bucken : susahkan kita? biarpun kita bukan nak balas dendam.. tapi sebenarnya kita amik masa untuk hilangkan segalanya.. bila dah beransur pulih.. datang pulak lagi konon nak test market... macam sial namanya tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...