Thursday, October 28, 2010

Wahai Anonymous..Kenapa Kau Tercuit dengan Entry Aku???

anonymous yang semakin lantang berkata-kata.. eh salah... semakin lancar menaip demi menegakkan benang yang basah...


Anonymous has left a new comment on your post "Komen Anonymous Makin Banyak..":

selain berhutang,ngumpat pun xelok kan....terpulang lah kat si kena umpat tu nak maafkan ke tak kan....bab berbisnes lak,a'ah kene pndai2 ar bhgi masa,pastu kena pndai jaga diri sndri,xelok kan sibuk psl org len...

Publish
Delete
Mark as spam

Wahai Anonymous yang sangat banyak masa masuk komen kat blog aku tanpa pengenalan diri, ini jawapan untuk direnungkan..

1st : aku nak sentuh ayat last yang dikeluarkan oleh anonymous ni "xelokkan sibuk psl org len".. sudah terang lagi bersuluh, aku tak pernah KENAL kau wahai anonymous, tapi kau masuk blog aku tanpa pengenalan diri then nak MASUK CAMPUR dengan cara nasihatkan aku bab-bab HALALKAN HUTANG, bab TAK ELOK MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN kenapa eh???? maksudnya sekarang aku tak boleh masuk campur hal orang?? aku rasa kau dah salah paham, aku tulis benda-benda ni sebab DUIT AKU.. bila dah namanya DUIT AKU means MASALAH AKU! tak payahlah aku terangkan macam mana susahnya aku nak dapatkan duit aku balik kan.. sebab kau tak kenal aku anonymous..!aku rasa kalau kau kenal aku dan tahu kedudukan aku, kau takkan bagi aku nasihat bodoh macam ni....

2nd : yes! betul.. secara dasarnya semua orang tau mengumpat adalah tak baik.. tapi aku cadangkan kau rujuk Quran tafsir, surah An-Nisa : 148, kau kajilah elok-elok ayat tu apa maksudnya.. dan kau pergilah tanya kat alim ulama tentang rukhsah-rukhsah yang diberikan dalam istilah mengumpat.

3rd : yang kau sebut kat sini hanyalah dosa mengumpat, apa kata kau cuba mentionkan juga dosa berhutang, dosa mungkir janji (sebab makhluk Allah yang hutang dengan aku ni banyak kali janji nak pulangkan duit aku, tapi menipu!), nasab keturunan yang akan lahir dengan makan duit yang tak dihalalkan.. sebab aku rasa kalau kau masuk blog aku nak sound aku je, baik kau email je and sound aku.. dan disebabkan kau jugak adalah makhluk tuhan yang sangat suka menasihati aku, apa kata kau bagi dalil kat makhluk tuhan yang berhutang dengan aku ni, manalah tau hati dia akan terbukak bila dia baca nasihat-nasihat yang kau curahkan.. kan? betul tak? at least aku ni tak prejudis kat dia..

4th : sekali lagi aku nak bagitau kat kau, ini blog aku.. awal-awal lagi bila kau bukak blog aku, aku dah tulis warning kat situ.. kalau kau tak suka cara aku express idea aku, kau blah la weh.. aku tak pernah ganggu hidup kau.. atau kau rasa kau nak sangat sound aku, email aku direct okk.. kalau ye pun kau nak aku bagi penghargaan ke atau tulis pasal kau dalam blog aku, email jugak kat aku.. so that aku boleh tulis benda yang baik-baik pasal kau, jangan nak bertengkar pasal entry-entry aku dalam BLOG AKU! owner blog ni aku! dengan Mr.Illiana pun aku tak kongsi.. so sila hormati hak aku!

sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...