Friday, October 8, 2010

"Saya Profesor tau"

"dah update blog?"
"belumla.. tak sempat.."
"alaaaa..."
"hye illiana hidayah, u macam dah jarang update blog je?"
"hye.. i xsempat la.. quit busy..nanti i update eh.."

ahahaha... kembang setaman jap bila ada yang bertanya pasal blog yang dah lama tak update.. hehe.. guys.. sorryla.. i sangat busy sebab kampus i dilanda ribut taufan MQA,
nak declare degree.. and now.. dah lega sebeban, ada lagi sebeban...
tapi tak pa.. boleh update blog dulu.. hehehhe...

tadi saya dan 9 lagi ahli kelab TROY kena bersidang dengan panel MQA, macam-macam la soalan yang beliau tembak.. perang psikologi yang dilancarkan memang sangat menyantap sanubari, dan membuatkan saya dan rakan-rakan tersandar..
"awak yakin dengan kelayakan pensyarah awak?"
"awak di sini tak diberi peluang untuk pilih kursus, itu hak awak"
"skala 1-10, berapa awak nak bagi untuk wireless & kemudahan library kampus awak?"
"pergi praktikum, balik dan kuliah semula, itu benda yang sangat membebankan.."
"awak tak mampu buat tugasan dengan berkualiti sebab masa awak padat, awak tak sempat buat research untuk tugasan awak"
"ada tak pemulangan tugasan untuk dibetulkan?"
"gangguan seksual?"


itu antara soalan-soalan yang terpaksa saya dan rakan-rakan tepis untuk membuktikan kami layak bergelar siswazah, penat memang penat sebab provokasi yang dilancarkan oleh beliau memang tak tercapai dek akal.. but then saya akui dari satu aspek, tak semua manusia perfect, kita masih perlu setiasa upgrade diri sendiri.. tapi konklusi yang saya boleh buat :
"product Institut Pendidikan Guru memang sentiasa ditekan dari segala aspek, kurikulum, kokurikulum, amalan profesional.. tapi kalian di luar sana perlu maklum, product IPG adalah untuk ditempatkan di sekolah yang akan bertemu dengan klien pelbagai karenah, sama ada ibu bapa, masyarakat, pihak PPD, JPN dan sebagainya.. kalau siswa guru IPG mampu serap tekanan di IPG, maka peratusan untuk mereka berjaya kendalikan tekanan di sekolah tempat bekerja adalah tinggi.. ya, kami masih lagi dalam proses penambahbaikan dari semasa ke semasa, namun dalam proses ini, kami di semester 8 telah membuktikan bahawa kami mampu memikul beban tugas yang diletakkan.. kami memang telah ditawarkan kursus yang wajib diambil untuk setiap semester, dan kami tidak dibenarkan mengambil kursus sewenang-wenangnya, ini menunjukkan bahawa kami dilatih untuk mematuhi peraturan atau pekeliling yang dikeluarkan, maka kami bukan sebarang siswa.. bagi kami peluang dan kami akan buktikan kami mampu bagi yang terbaik setanding dengan siswa di universiti.."



semua statment psiko yang ditembak oleh Prof tadi, saya masih boleh tersenyum dengan ikhlas, tapi bila statment "kehebatan seorang lelaki bergantung kepada berapa banyak hati wanita yang telah dipatahkan", saya automatik mencebik tak puas hati..

ok, tak payah hurai pasal hati wanita dan lelaki.
thanx kepada yang tak putus-putus mendoakan kami, memberi kepercayaan untuk saya dan rakan-rakan dijadikan "objective evidence" untuk panel MQA.. semoga kejayaan itu milik kita bersama..
sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

ReDPRiNCeSs said...

aku still x annoyed sangat dgn prof tu walaupun puas die bragged kat aku yg die prof...hihihi...bravo yana...;)

illianahidayah said...

aku pon ok je...sebab aku tak kena tembak macam wardah kene...tp aku tak puas hati dgn statment kehebatan lelaki tu...haish!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...