Saturday, October 9, 2010

Pergilah Derita, Hadirlah Bahagia

aku insan biasa..
yang pernah tinggi di awan..
juga pernah tersungkur di muka bumi..

aku insan biasa..
pernah tersenyum bahagia..
juga menangis hiba..

aku insan biasa..
pernah dikuasai amarah..
juga dendam membara..

pernah terlintas di minda..
untuk menebus kembali kesakitan itu..
melihat kesakitan itu ditelan..
melihat derita itu disulam..
membiarkan hati itu disakiti..
seperti mana hati aku disakiti..

aku insan biasa..
hanya mampu merencana..
dan tatkala ia terlaksana dalam mimpiku..
ia seakan-akan satu kepuasan..
biar pun hanya dalam mimpi..

tatkala terbangun dari lena..
aku sedari..
air mata di pipi tiada lagi..

maka kerana aku insan biasa..
aku berjanji pada diri sendiri..
air mata itu bukan lagi untuk mencerminkan kelemahanku..
pergilah derita..
tempatmu bukan di sini..


~sayang.. terima kasih..kerana mengembalikan senyumanku
yang pernah hilang satu ketika dahulu...

sekian~babai
I could not ask for more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...