Sunday, October 17, 2010

Hutang Yang Masih Belum Setel

jadik bad mood bila terfikir pasal orang yang tak bayar hutang. masa nak pinjam dulu bukan main, janjikan bulan bintang dengan aku, dah dapat duit, dumped aku pastu susah nak bayar balik duit aku.. aku keep on bagi peluang untuk hutang tu disetel beransur-ansur setiap bulan bila government gaji..tapi culas jugakkkkkk! bila kau dah mula culasssss.. darah aku mula menyirappp and aku mula start nak maki.. paham tak..???

kamonnn la weh... ni dah hujung tahun, elaun aku pun dah berkubur, nanti aku nak hantar barang-barang aku balik rumah, aku nak makan, aku nak isi minyak moto, aku nak bayar duit-duit aku nak binding research aku.. kau tak pernah terfikir pun kan?? memanglah kau tak pernah terfikir, sebab kau dapat je apa yang kau nak. kereta idaman kau dah kau angkat, usung dah ke sana ke sini, kau nak clash, dah clash dah, kau nak duit dulu, aku bagi dah kau pinjam.. sekarang ni aku cuma mintak tolong bagi balik duit aku.. itu saja.. susah ke?

kau pernah tak terfikir, aku bagi kau duit dulu dalam amaun yang sangat besar (pada aku, sebab dalam amaun tu, aku boleh hidup 3 bulan di jb), sekali bagi je okk.. SECEPUK aku bagi kau.. padahal kalau aku simpan dalam bank SECEPUK tu bonus aku dapat mesti dah banyakkk dah..

pliss la weh... aku tak suruh kau fikir di luar kotak, tapi aku nak suruh kau belajar bertimbang rasa. mesti kau still tak nampak kan kenapa aku kedekut even dengan diri aku sendiri? inilah sebabnya! AKU TAK SUKA BERHUTANG! biar aku tak dak benda tu, tapi untuk berhutang dan dapatkan sesuatu, itu bukan cara aku.. aku kecik hati dulu masa kau sound aku "nak beli baju adidas untuk diri sendiri pun kedekut, duit bukan boleh bawak mati." kau salah! sebenarnya, duit yang aku simpan BOLEH DIBAWAK MATI! sebab bila aku dah mati, aku nak guna duit aku tu untu sedekahkan pada orang-orang yang datang sembahyangkan jenazah aku, aku nak upah orang baca quran di kubur aku 7 hari 7 malam lepas aku mati, dan aku nak orang baca quran untuk aku bila bulan ramadhan. mesti kau akan gelak.. kau akan cakap "yela...awak kan ustazah.." aku tau aku jahat, at least aku ada perancangan untuk aku mati nanti.. aku nak ada orang tolong ringankan seksaan kubur aku. ye! aku bukan perfect!

so, pleasela..boleh tak bertimbang rasa skit? cukuplah kau tak bertimbang rasa dengan aku dulu..it's over already.... kalau aku orang kaya, aku akan belikan kereta myvi kau tu cash okkk! masalahnya sekaranga ku bukan orang kaya, so plisss, return my money as soon as possible. aku benci tambah dosa aku dengan maki manusia yang bergelar sejarah hitam dalam hidup aku.




sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...