Monday, October 11, 2010

Bila Semua Orang dah Menikah...

perkahwinan kayangan angkasawan Malaysia bersama yang tercinta! memang jadi isu hangat sekarang.. korang mesti tengok kan live persandingan beliau semalam kan? kan? kan? okk.. so tak payah nak hurai lagi dah.. sebab dah terang lagi bersuluh.. pastinya ramai gadis yang patah hati, termasuklah yang tengah menulis entry ni? ek? iyakah? taklah! i admire dari jauh je, lagipun i bukan doc.. hehehe..

masalahnya sekarang bukan ini yang nak menjadi isu pada pagi yang berbahagia ini ye pembaca sekalian.. heheh.. isunya ialah conversation dengan umi semalam..
umi : kelmarin, geng masjid singgah umah, sembang dengan abah..
saya : tabligh?
umi : bukanlah.. Ustaz Lah (Imam) and the gang..
saya : ooo... awat pulak?
umi : depa tanya sapa yang nak buat pembaharuan, kenduri kawin buat di masjid..
saya : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???????? xmauuuuuuuu!!!!
umi : hahahhaha.. jimat apa...
saya : ohh plizzz... not in my wed...

dan umi tertawa sebab boleh kenakan saya yang besar cita-cita ni... muahahahaha..
tapi...! saya tak mau komen apa-apa sebab belum tiba masanya..~lalalallalala
tapi korang perasan tak sapa-sapa yang selalu macam ni :
"lepas kakak @ abang aku ni, turn aku la pulak"
"aku hujung tahun ni..hehehhe"
"tak bolehla...duit nak simpan kawen"
"ni yang pakai kebaya ni dah tak lambat dah.."
kind of macam ni la kan.. yang eksited gilaaaa nak menikah..selalunya lambat nak langsung kenduri.. berbanding mereka yang relaks toge.. tup-tup sampai kad undangan... hmmmm.. saya banyak gak alami benda macam ni.. bukanlah nak kata saya ni tak pernah bincangkan bab kawen, tapi kalau dah selalu sangat sebut, and bila orang yang mendengar tanya "bile?" "calon orang mana", kau tersipu-sipu pulakkk, itu namanya gedix ye...nak tarik perhatian, lama-lama orang pun naik menyampah bila kau asyik mention kau nak kawen, macam orang lain tak nak kawen!


~selamat pengantin baru dato' & datin
(credit to google.com)

sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...