Wednesday, September 1, 2010

Setin Biskut Untuk Membalas Jasa Kedua Orang Tuamu??? Berbaloikah???

"seorang ibu dan ayah mampu menjaga seramai 12 orang anak, namun 12 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu dan ayah"
terasa insaf tatkala menjejak kaki ke rumah orang tua-tua Nur Ehsan di Kempas.
Dengan kelengkapan yang tidak seberapa dan kakitangan yang beberapa orang cuma, mereka berusaha memberi perlindungan kepada warga emas ini.
Kalau korang baca paper Harian Metro yang bertarikh 31 Ogos 2010, korang akan dapat baca artikel di bawah ni "Setin biskut buat ibu ayah"..
Ibu dan ayah tersebut ada di rumah Nur Ehsan ini, terkebil-kebil melihat kami,
tersenyum tatkala kami menghulurkan tangan bersalaman,
ceria dan rancak bercerita itu dan ini..

tergamak seorang anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang meninggalkan ibu bapa yang mengharapkan belaian kasih sayang dari anak untuk mengisi ruang-ruang yang tinggal di usia mereka.. apa salah sang ibu dan bapa ini..

saat kau disahkan bernyawa di rahim ibu, kau dibelai dengan penuh kasih sayang, segala persiapan disediakan bagi menyambut kelahiranmu. sang ayah berusaha memenuhi segala keinginan sang ibu, manakala sang ibu menahan segala kesakitan demi untuk melindungimu yang melekat di rahimnya.. segala kesakitan melahirkan kau seakan-akan hilang tatkala melihat wajah putih bersih kau dalam dakapan.. belaian dan kasih sayang mengiringi langkah kau sehingga dewasa, namun tatkala kau sudah dewasa, kau membalas segala kesakitan dan pengorbanan mereka dengan meninggalkan mereka di rumah ini dengan setin biskut! malah ada yang lebih malang, memecut kereta meninggalkan perkarangan rumah orang tua-tua ini kerana sang ibu dan ayah mengejar kau dari belakang!!
hikmah apakah yang tersembunyi di sebalik perbuatan kau?
semoga kau masih tidak terlambat untuk sujud di kaki ibu bapa kau..

~ ini keratan akhbar dari Harian Metro


~ mampukah hati mereka terubat dengan setin biskut?

~ masih mampu berbicara, berkongsi pengalaman


~ member saya kiwi & midy (yang guna 2 stroller kononnya nak cepat cat)


~ ini Runi - masih bujang ~ buat konsert solo

~ di tangannya ada bunga sebab dia bawakkan lagu Isabella


~ entah apa yang difikirkan oleh pakcik ini..

~ lindungilah mereka dalam rahmatMU..
setelah kami berkemas untuk pulang, saya berdoa semoga saya menjadi anak yang mampu berbakti kepada umi dan abah saya sehingga ke akhir hayat saya, sesungguhnya telah banyak perbuatan saya yang mengguris hati kecil mereka, namun umi dan abah masih tersenyum menyambut kepulangan saya, masih lagi tersenyum melayan selera saya, meluangkan masa mendengar luahan hati saya, masih lagi mengerahkan tulang empat kerat untuk memberikan saya pelajaran, masih setia di sisi saya hingga ke saat ini. sesungguhnya tiada apa dan tiada siapa yang mampu menggantikan umi dan abah saya.. Ya Allah, pelihara umi dan abah dalam lembayung rahmat kasihMU..tahniah kepada sukarelawan yang berusaha sedaya upaya memberikan tempat berlindung dari hujan dan panas kepada warga emas ini. semoga kalian mendapat nikmat balasan dariNYA.. kalian 1 dalam sejuta yang sanggup berkorban
sekian~babai
I could not ask for more

6 comments:

cryclown said...

aku sedih..y dah tiada pun kita masih mampu hargai dengan 3 perkara..itu y akan sampai..itu terbatas..y ada sekarang, byk perkara kita boleh beri..tidak terbatas..

illianahidayah said...

cryclown : sama2 lah kita doakan supaya kita tidak tergolong dalam kumpulan mereka yang tak kenang jasa ibu bapa.. doakan jugak utk mereka supaya diberikan peluang dan hidayah utk berubah..

ReD PRiNCeSs said...

seday kan...aku mmg x sanggup sgt nak tengok mereka 2 tadi...rasa malu dengan generasi kita...smoga aku takkan abaikan mak aku sampai macam tu skali...insyaALLAH...

illianahidayah said...

Red Princess : a'ah..memang sgt2 sedih.. kita nak sambut raya happy2 dengan family, diorang mesti terkenang zaman2 sambut raya ngan anak2, family..semoga diorang sentiasa dalam lembayung rahmat Yang Esa..

HaNTwO said...

huhuhu sedihnya...ape punya anak la cmni...

illianahidayah said...

Hantwo : memang sgt sedih..kalau tgk sukarelawan yang tlg diorang pun dah kaegori veteran..kenapala samppai hati anak2 buat mak bapak macam ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...