Friday, September 24, 2010

Amiklah.. Aku KAYA

korang ingat tak masa korang sekolah dulu kan, kena buat karangan yang jenis angan-angan dan cita-cita? contohnya macam "Jika Aku Sebuah Buku" "Jika Aku Sepasang Kasut" dan macam-macam lagi la.. tiba-tiba hari ni idea aku bercambah-cambah pulak nak buat karangan macam tu.. tajuk karangan aku ialah "JIKA AKU PEREMPUAN KAYA" kalau ada salah dan silap tolong betulkan eh.. tapi aku tak maulah buat dalam paragraph segala.. hehehe..

JIKA AKU PEREMPUAN KAYA :

  1. aku akan belikan sebuah rumah atau lebih tepat aku guna istilah "banglo" kepada sesiapa yang baru menikah dan tak dak duit nak beli rumah.. so that pasangan tersebut akan hidup dalam aman dan harmoni dalam rumah baru mereka.
  2. aku akan bagi duit atau elaun bulan-bulan kepada semua penipu yang licik yang selalu tipu duit adik beradik dia, duit kawan-kawan dia, duit pekerja dia, pendek kata semua duit lah dia dapat dengan tipu orang, YES! aku akan bagi duit pada makhluk ni supaya hidup orang lain aman.. tak dak nanti orang yang kena tipu tu tunggu duit macam tunggu kucing bertanduk.
  3. aku akan bagi duit tu pada sesiapa yang nak flirt. contohnya macam dia nak belanja kawan-kawan makan, or out for a date. YES! aku akan bagi duit pada kelompok ni, so that dia tak kan guna duit orang lain untuk belanja orang lain makan. kalau tak silap aku, kalau orang tu tak halalkan duit yang digunakan, abeslah darah daging yang membentuk tubuh badan tu akan menjadi hidangan api neraka. (okk.. tazkirah untuk hari jumaat
    )
  4. aku jugak akan bagi duit pada manusia-manusia yang nak buat loan. contohnya dia baru grad, tapi dah sampai seru nak kawin, duit tak dak, nak buat loan susah.. YES! aku akan bagi duit aku pada golongan ni.. ehhh.. kau jangan nak memandai cakap dia gatal nak kawen, dah seru dia sampai.. baik dia kawen kan..?
  5. aku jugak rasa nak bagi duit kat sesiapa yang rasa nak hidup mewah. nak berpakaian macam artis, nak makan kat tempat-tempat artis makan, nak shopping kat tempat-tempat artis shopping. YES! aku suka sangat nak bagi duit kat orang macam ni, so that dia akan happy la dan akan rasa "eleh...aku keja bendang pun boleh makan shopping kat tempat artis tau!"
  6. kalau aku dah kapel pulak, aku akan bagi duit kat boypren aku, pastu bila aku dah break pulak, aku bagi jugak elaun bulan-bulan kat dia, so that dia boleh cari aweks lain dan belanja aweks tu dengan duit aku. baikkan aku?
  7. dan last skali, aku rasa aku nak bagi duit kat sesiapa nak beli kereta. sebab aku tau kereta ni adalah transport yang penting sekarang. contohnya kalau kau student engineering, kau nak kena LI, pastu hujan la pulakkk.. company kau tu jauh.. mesti kau nak kereta kan? YES! aku akan bagi duit suruh kau beli kereta, so that kau akan selesa pergi dan balik LI. di samping tu jugak, kau boleh usung gegurl, spare part, part time lover, one night lover kau dan segala dalam kereta kau. tak dak la kau pinjam duit mak bapak kau nak beli kereta bawak aweks kan?
ok.. tu saja angan-angan aku kalau aku perempuan kaya.
apa? untuk family aku??
ehh.. tak payahlah...
family aku ni tak perlukan duit camni.. family aku guna duit sikit-sikit je, sebab anak-anak semua tak pandai kan.. kerja pun kerja kampung ja la... hikhikhik..



~ wang besar! wang banyak! (credit to google.com)

saja nak imaginasi macam ni, sebab sekarang aku dah tak ada duit simpanan, sebab aku baik sangat, belikan rumah kat musuh aku.. nanti aku kena makan pasir, makan rumput, makan daun..then kalau aku nak pos barang-barang aku balik nanti ke rumah, aku pun kena guna daun, rumput, pasir sebagai duit.

ok tak kalau aku buat pinjaman dengan AH LENG? eh salah.. AH LONG????
boleh... then aku akan mati macam kes jutawan.. eh...kalau aku mati mesti ada orang senang hati sebab tak payah bayar hutang aku! kan? kan? kan?

sekian~babai
I could not ask for more

13 comments:

Athalia Abdul Ghapar @ kawat berduri said...

hahahaha... lawak karangan kak yana nieh... tp agak pedas bg org yg terkene sindiran nie... heheheh sendiri mau ingat la.... kan kak?? heheheh gud2...

illianahidayah said...

Atha : yeahhhaaa.... ade jugak komen bagus karangan akak ek..padahal dah lama tak tulis karangan ni..muehehhee...
sundri mau igt aaa... sape makan cili sundri tanggung aaaa kepedasannya..

ReD PRiNCeSs said...

weh yana...spare la sket utk member2...da kaya lupa member ek...

illianahidayah said...

Red : ehhh....memember ek..??? jap aku pk kan.. aku lebih fokuskan kpd manusia yang suka berhutang tapi tak nak bayar or penipu licik...

kaizen said...

number 6

kang ko dah kaye jumpe aq ek? leh jadi no2... best tuh~ wahaa!

illianahidayah said...

kaizen : wahhhhh kau.... ade hati gak ek... muehehehe.. tadi aku je baca entry ko pasal pencinta harta , hati segala... haahahha....

Peminat Katie Holmes said...

haha. aku teringin nak bergelar jutawan.

Miss Aizamia said...

yana, aku nak jd golongan yg mkn tempat artis tu la.. ko da jnji nak bg kan? hehe

illianahidayah said...

Peminat Katie Holmes : adesss..kalau ko nak jadi jutawan xleh mintak ngan aku aaaa...sbb kalau aku bg ko jadi jutawan, nnt aku dah xjadik pmpn kaya...muahahaha...

Miss Aizamia : boleh zam...xde hal..mmg itu niatnya pon...muahahahha

.pelangi. said...

haha.
aku suke !
bestnye jadi kaya :D

h0tmummyzara said...

murninya hati awak.. btw salam prkenalan.. saja singgah masuk sini. :))

Pencacai Alim said...

tapi jgn lupe aku wei..hakhakhak

illianahidayah said...

pelangi : hahaha...sape tak mau kaya beb.. tapi aku belom kaya aaaa... (macam mustahil jek aku nak jadi kaya..) wakakkaka...

hotmummyzara : salam perkenalan jugak utk akak.. :)

pencacai alim : ehhh....ko pun nak gak ek..? yela2..aku tak lupe ko..muahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...