Sunday, August 1, 2010

Tips Mengajar PJ

tadi ada orang tanya melalui email..
"cikgu Illiana, macam mana nak ajar pj? saya rasa susah sangat nak control budak masa pj, so saya bagi je bola sebijik biar diorang main"
wahhh! saya tak pernah dapat soalan macam ni... hehehe...
kepada yang bertanya soalan, saya cuba la eh share apa yang patut kat sini.. saya ni pun bukan cikgu betul lagi, still trainee.. ehhehe...

ok macam ni...
nak ajar pj ni sama je macam nak ajar subjek lain, Maths ke, BM ke, English ke.. mula-mula masuk of coz la cikgu akan bagitau yang dia nak murid sediakan berapa banyak buku latihan, kalau nak buat latihan tatabahasa guna buku A, nak buat karangan guna buku B and so on la kan.. so, dalam PJ pun sama.. kalau saya, time saya 1st time masuk dalam kelas tu, saya akan listkan do and dont la kat diorang..

  • jangan tanggalkan kasut sama sekali masa buat aktiviti even padang tu lecah sampai ke lutut! bahaya sangat! buatnya tengah syok main bola kena kaca ke, paku karat ke, cikgu gak yang kena saman dengan mak bapak kann..
  • warming up and cooling down.. jangan nak suka-suka hati je sampai padang terus sepak bola, aku sepak kau jugakk karang...
  • jangan buat action apa-apa kalau cikgu larang.. contohnya budak bergayut kat tiang goal bola.. buatnya tiang tu terhempap atas kau??? sape nak tanggung weh????
so, ini je yang saya listkan untuk budak..dan bagi preparation saya pulakk..
  • standby aktiviti yang budak tak pernah buat, lain dari yang lain.. such as, kalau budak selalu main bola, cikgu buatlah aktiviti lompat tinggi pulak, guna alat reka ganti dulu, jangan guna alatan betul, bagi budak rasa confident dulu..then baru boleh carry on..
  • buat aktiviti ikut prinsip ansur maju, dari senang ke susah.. cikgu janganlah mula-mula dah bagi aktiviti susah kat diorang, bila budak tak dapat buat, diorang akan moral down..
  • buat jugak ativiti yang ikut variasi.. such as, kalau cikgu ajar budak naikkan kadar denyut nadi dengan lari setempat, janganlah belasah sampai setahun buat aktiviti camtu, buatlah games belalang belatuk ke, cuit lutut ke dan yang lain-lain.. ikut kreativiti eh..
  • tunjuk cara untuk aktiviti tertentu.. certain activities memang budak xdapat gambaran macam mana nak buat, so, cikgu please..tunjukkan lah..TAPI! jangan buat ajaran sesat okkk!
  • arahan yang dikeluarkan mestilah mudah dan padat.. kena ingat cikgu tengah ajar PJ di PADANG! bukan dalam kelas yang boleh dibebel berjela-jela..budak dah kene bebel dalam kelas, so they all nak relax di padang, jangan bagi budak stress lagi di padang okk..




~ tunjuk cara @ demonstrasi


~arahan perlu jelas, ringkas, padat!

~cikgu illiana turun gen cikgu Rous Nani boleh main hoki.. hahhaha


tak susah pun nak ajar PJ ni...
sedih bila kat sekolah, budak just tau main bola dan bola.. tu untuk budak lelaki, kalau budak perempuan, pusing-pusing je la kat padang tu.. tak peluh pun.. padahal banyak lagi games yang boleh dipelajari sebenarnya..

so, semoga yang bertanya berpuas hati dengan jawapan saya.. sorrylah kalau tak cukup lengkap.. saya ni belum cikgu betul lagi.. masih lagi pelatih yang bernama NURUL ILLIANA HIDAYAH BT. KAMARULZAMAN, OPSYEN : PISMP PENDIDIKAN JASMANI :)


* nini : thanx 4 the conversation, saya jugak sayang kamu!


sekian~babai
I could not ask for more



4 comments:

Tomato Gurl's Life said...

seriusnye muka cikgu..huhu... ;p

cryclown said...

aku sonang ji..bagi budak bola sebiji..lari sepadang..aku duk ngelamun tepi padang..hahahha

Illiana Hidayah said...

tomato gurl's life : hehehe...biasela..muka memainkan peranan penting... :)

crylown : nasb bek ade gak tepi pdg..aku takut ko lepak kantin je...sarapan..muahaha...

Ainul Syariha said...

yana, ainul pun ajar pj gak. tapi minor la. memang susah kot ngajar pj nie. lagi susah bila tiup wisel pun budak wat dunno jer.. macam minx penyepak sorang2 dak2 tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...