Tuesday, August 10, 2010

Rayuan kepada Pencipta

seringkali dalam perjalanan itu..
aku tersasar..
seringkali dalam melewati usia itu..
aku tertewas..
kerana aku hamba yang sering alpa dan lalai..
mengambil mudah setiap suruhanMU..
memandang sepi setiap arahanMU..
nafsu menjadi raja yang menggila..
cinta manusia menjadi taruhan sebuah setia..
lantas..
segalanya bergumpal menjadi titik-titik noda..
apakah masih ada sebuah keampunan..?
apakah masih ada sebuah sinar harapan?
Tuhan..
aku mohon..
kurniakan sebuah kesempatan..
agar dapat kubetulkan segalanya..
izinkan aku mengecapi saat indahnya taubat..
walaupun hanya sedetik cuma..
andai Ramadhan ini Ramadhan terakhir..
aku pohon.. dengan serendah-rendah hatiku..
izinkan aku mensucikan kembali..
hati yang telah dicemari..
debu-debu dosa..
agar aku..
bisa mencium harum kasturi..
syurga di sana nanti..
Marhaban Ya Ramadhan..
sekian~babai
I could not ask for more

8 comments:

Soni Gonzales said...

amin.moga ini bukan yg terakhir kerana byk lagi perlu kita tebus untk dapat tmpt di sisi Nya.

tgkp.frsa:
semua yg baik itu dari Nya, dan yg buruk itu kerana aku tak sempurna

illianahidayah said...

insyaallah...selamat berpuasa.. :)

Cik Bucken said...

selalu bermain dgn bahase.. ^_^
slamat pose2! ^_^

illianahidayah said...

Cik Bucken :
selamat berpuasa jugak utk anda.. :)

Peminat Katie Holmes said...

Selamat menyambut ramadhan al-mubarakh.

illianahidayah said...

Peminat Katie Holmes : selamat berpuasa jugak utk anda...

Miss Aizamia_aRMAX said...

sajak ni ila ke yana yg buat? hehe..
lau yana da nak kne wat contest sajak la..
beat ila.. hehe

illianahidayah said...

Miss Aizamia : ini sajak karya original illiana hidayah tau....xde kaitan dengan lala si PFR..hehehe...hanya mampu ditulis di saat2 emosi tak stabil...hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...