Sunday, August 15, 2010

Ragam Ramadhan

Ramadhan!
apa yang ada sebenarnya pada bulan Ramadhan ni..??
apa bezanya bulan Ramadhan ni dengan bulan-bulan lain??
banyak beza!
sebab setan dan konco-konconya telah diikat
dan tak dibenarkan bermain-main di halaman hati anak-anak adam..
sebab bulan Ramadhan banyak maghfirah,
buat sikit je tapi niat kerana Allah, pahala pasti berlipat kali ganda..
sebab bulan Ramadhan ada bazar!
rasanya jawapan yang terakhir tu la yang ramai sangat orang ternanti-nanti kan..
Ramadhan dan bazar Ramadhan memang tak dapat nak dipisahkan..
kau pergila ceruk rantau mana sekali pun pasti orang ramai bersesak-sesak kat bazar.. nak beli juadah berbuka.. juadah berbuka ni Ya Tuhan.. punyalah banyak...! air pun dah bermacam-macam kaler, merah, oren, hijau, biru, tu tak campur cendol, ais kacang, ais jagung segala..
kalau bab makanan pulakk... lagi la... dengan nasik beriani gam (ada kat Johor je..), beriani tak gam (kat mana-mana pun ada), laksa penang, laksa johor, laksam.. pastu kuih pulakk.. segala lompat tikam, segala mak nenek kuih talam.. ada pulak yang jenis western ni.. oblong berger, chicken chop dan macam-macam lagi yana mana kalau saya mentionkan kat sini.. sudah pasti panjang berjela entry ni....muahaha...
lepas tu bila tengok ragam pembeli yang membeli, siap bawak baby kau!!! Ya Tuhan.. dalam keadaan bersesak-sesak tu boleh pulak dukung baby..! buatnya kepala baby tu tersadung kat lengan-lengan sesiapa kat situ.. adess... boleh kena konkusi kottt!
yang jenis beli banyak-banyak tu saya tak boleh nak komen la..
anggap je la diorang ni nak buat kenduri kat masjid ke surau berdekatan kann?
tapi janganlah sampai berbuka sampai terlepas solat magrib... memang lah bazar ni ada masa Ramadhan je.. tapi takut jugakk kalau tengah makan dan terkulai, tak sempat nak maghrib, tiba-tiba kau dah "jalannnn".. adesss! ada sesapa ke nak tolong kau kat alam sebelah lagi tu ek..?? sendiri fikir la ek... haaa...! kan dah kena tazkirah ringkas dengan "ustazah tak bertauliah" muahahhaa... peringatan untuk diri saya sendiri jugak, insyaAllah..

* syukur masih punyai kekuatan meneruskan puasa..
* tersayu hati bila umi call, "kak makan apa hari ni..? sahur apa...?" adesss!
* kena mula "bawak diri" sebab Mr.Illiana dah busy dengan FYP, wish u all the best hun!
* rupanya kena stop jadik followers baru tak dapat email ngok ngek ek.. mintak maaf ler.. gua bosan dowhh dapat email kau!

sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

ijad said...

selamat ber puasa

ReD PRiNCeSs said...

selamat berpose yana...bile da buka dgn aku??? da last sem da ni...jamuan kelas pun xde lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...