Friday, August 20, 2010

Coretan Detik Serangan Mavi Marmara di IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

setujukah anda jika saya katakan bahawa
kita rakyat Malaysia merupakan rakyat yang MANJA??
kenapa saya katakan begitu?
kita menguhuni sebuah negara yang strategik,
tanpa ada terselit rasa takut tentang bencana alam..
kita rakyat yang cukup segala makan pakai dan kelengkapan..
kita rakyat yang terpelihara keamanan serta kemakmuran..
dan kerana kesenangan itulah..
saban hari kita disogokkan dengan pelbagai masalah sosial..
pelacuran, dadah, pembuangan bayi!
di mana kesedaran kita sebagai rakyat yang hidup dalam keadaan aman dan damai??

just a little bit intro.. dari Pengerusi Haluan Palestin Tn. Hj Norazman b. Mohd Samsudin.. Beliau hadir ke kampus saya demi untuk berkongsi tentang pengalaman serta detik-detik yang dialami oleh beliau dan sukarelawan-sukarelawan kapal Mavi Marmara yang diserang oleh rejim Zionis.

saya tertarik dengan beberapa isi penyampaian beliau di mana beliau mengatakan bahawa
"andai guru hari ini tahu erti perjuangan yang sebenar dalam mencorak anak bangsa, sudah tentu masalah pembuangan bayi di Malaysia tidak akan semakin tenat! Di Gaza, akibat ledakan bom yang digugurkan, hanya lebih kurang 1500 rakyat Gaza yang syahid, namun lebih kurang 3500 orang bayi dilahirkan dan dijaga oleh ibu-ibu yang serba kekurangan, bukan dibuang di tepi tong sampah menjadi santapan anjing liar seperti di Malaysia"
"seorang anak kecil membaling batu ke arah tentera Israel, dan kemudian anak ini ditembak dari jarak dekat, terkulai layu.. namun tembakan tersebut tidak menggerunkan anak-anak yang lain untuk terus melontar tentera Israel dengan senjata batu yang mereka ada"

"tatkala serangan ke atas Mavi Marmara dilakukan, terdapat seorang ibu yang cuba menyelamatkan anak kecil yang berusia 2 bulan setengah, komando Israel yang ternampak menghujani ibu tersebut dengan peluru hidup, namun bangun pejuang-pejuang keamanan yang menjadi benteng kepada anak kecil tersebut dengan menggunakan badan tanpa sebarang jaket kalis peluru!"

'jenazah pejuang-pejuang yang mati syahid di atas kapal Mavi Marmara sungguh tenang dan dalam keadaan tersenyum di samping darah yang membasahi tubuh mereka tidak langsung berbau hanyir! malah harum semerbak baunya"

bayangkan kita di tempat rakyat Gaza, mampukah kita sekuat mereka dalam mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara kita?
sama-samalah kita berdoa untuk gelombang kebangkitan ketiga misi membebaskan Gaza dari cengkaman Israel laknatullah..



~ suasana ketika program

~ Viva Palestin!


*saya bukan siapa2 yang miliki keberanian seperti wira Life Line For Gaza
sekian~babai
I could not ask for more

5 comments:

ReD PRiNCeSs said...

sedih kan citer pengalaman beliau kat Gaza...harap2 dorang akan berjaya gak memberi bantuan pada penduduk Gaza...

cryclown said...

sebab..kita ada subsidi kot? ujian akn tb2 bila2..

Pencacai Alim said...

aku setuju..mmg manja..hakhak

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

yahudi memang lahnat n3 yang patut ada selalu untuk islam

illianahidayah said...

Red Princess : a'ah..sedih..bergenang gakla bila beliau bercerita.. sayangnya masa terlalui mencemburui kita...muahahha...

cryclown : ye kot..tapi kes buang baby tu sangat tak masuk akak.. bangangla sape2 yang buang baby..

Pencacai Alim : hahaha.. thanx dude!

brutalsolo : sangat2 lahanat! macam2 dalil yang Allah dh trnkan utk sedarkan dan bagi peringatan pd kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...