Friday, July 16, 2010

Curang Part 2 (gegurl)

hey ya.. selamat berwiken saya ucapkan kepada semua..
bila wiken barulah sempat nak menjenguk serta mengupdate.. kalau weekdays, memang boleh update, tapi feel tu tak sampai la.. muehehehe...
okk...entry saya yang sebelum ni pasal kecurangan boboy agak sensitif sebenarnya, dan saya akui istilah CURANG adalah satu istilah yang subjektif.. macam istilah CANTIK, COMEL, HODOH dan sebagainya.. mungkin di mata kau Fasha Sanda tu cantik, tapi mungkin di mata orang lain, Fasha Sanda tu kind of yang comel je.. tak cantik.. kau faham kan..?? dan apa yang saya tulis kat entry boboy yang curang tu adalah benda-benda atau simptom-simptom yang basic dan semua orang boleh perasankan benda tu, dan simptom-simptom tu jugak berlaku pada bukan sahaja seorang gegurl, tetapi juga berlaku pada gegurls.. so, kalau kau tak aplikasikan sikap-sikap macam tu, kau tak payah nak touching-tounching wokeyy... hanya orang yang makan cili je akan rasa pedasss okkk???
so, now..seperti yang saya janjikan.. saya akan mengupas pulak di side gegurl yang menunjukkan ciri-ciri curang..check it out ~
hilang kemanjaan
as we all know, gegurl ni adalah kaum yang sangat inginkan perhatian dan belaian.. so, kalau dia dah kapel, dia nak sentiasa dilambung-lambung emosi wanitanya.. nak selalu dipuji, nak jadikan boboy tempat bermanja-manja.. tapi bila kau sebagai boboy nak pampered dia, tapi dia dah mula acuh tak acuh.. there must be something wrong.. "baby..kalau b dapat buat kapal angkasa, b nak bawak baby nak ke bulan bintang.." "oh ye..? hmm...ok.."
cepat naik angin
kalau dulu, kau buat lawak bodoh dia akan gelak cam nak terputus urat perut, "baby, tau tak lelaki suka minyak apa..?" "erm..minyak pengasih?" "salah! menyak'sikan' bola" "hahahha..jahat tau b ni.." tapi sekarang bila kau buat lawak bodoh, terus dia menyirap.. "buat lawak cerdik skit boleh tak b?"
mula membanding bezakan dan banyak komen
dulu kalau kau keluar dating dengan dia, kau pakai apa pun dia tak kisah.. "ala..baby tak kisahla b.. as long dapat kuar ngan b je.." tapi sekarang, kau salah pakai sandle sikit je.. "eiii...b ni, cubalah belajar dress up macam abg meon tu.. hensem apa.." kau sebagai boboy..tercabar tak..?? rasa nak lempang je kannn??? jangan angkat tangan kat gegurl okk.. dia bukan lawan kaum kau..
mata bersinar-sinar tatkala menyebut nama "admire" barunya
kalau ko rasa gegurl kau tu dah mula main-main dengan kau, cuba kau test maki admire dia.. "cam bangang ja si Din tu, asyik abes duit make up kereta je..bila kete dah lambat pick up mula nak mencarut" konfem mula-mula dia dengar nama Din tu dia akan teruja..dan seterusnya begini.. "ala b... dia banyak duit, biarkanlah dia.. cantik apa make up kereta macam dia.." perrgghh...sentappp kottt...
tak ambil kisah perasaan
dulu kalau dia dah bagi kau kecik hati atau terguris perasaan, dia akan gelabah nak mampos, tak putus-putus call kau, hantar sms nak mintak maaf kat kau, siap nangis-nangis lagi.. "b..maafkanlah baby..baby janji tak wat lagi..baby sayang b..b tak sayang baby ke..?" tapi sekarang dia tak kisah je kalau kau kecik hati ke ape ke, dan dengan slumbernya dia akan cakap "b ni lelaki la, boleh tak tough sikit, takkan benda kecik tu nak touching? b ingat b pompuan ke?"
so, kalau kau dah rasa something wrong dengan perangai gegurl kau, kau amiklah langkah yang terbaik.. kalau kau rasa kau boleh ubah dia, bawaklah berbincang.. tapi kalau kau rasa sebaliknya.. lepaskanlah dia, kau pun tak sakit hati pendam perasaan.. kan? kan? kan?
ada kawan saya yang merupakan pembaca setia blog saya kata macam ni.. "yana..kalau pompuan yang curang ni bukan nama pompuan, tapi betina"... hmm... apa kata anda..?
sebelum end up entry ni, saya nak kongsi pendapat tentang CINTA yang ditanya oleh REMEDY dalam komen entry sebelum ni..
ada orang kata sayang, cinta dan kasih adalah benda yang sama, tapi saya ada pendapat tersendiri tentang ketiga-tiga konsep tu berdasarkan hujah yang Dato; Dr Hj Fazilah Kamsah keluarkan ~
sayang : adalah sifat yang universal, sayang pada haiwan, sayang pada tumbuh-tumbuhan, sayang manusia
kasih : sifat yang termeterai dalam hubungan yang punyai pertalian erat, kasih ibu pada anak, kasih ayah pada anak, kasih guru pada murid
cinta : sifat yang menarik ke arah hubungan batin serta mempunyai nafsu, cinta adam dan hawa
so..harap REMEDY berpuas hati dengan sedikit pendapat yang saya kongsikan..
*contoh conversations dalam entry ini dan entry boboy tak ada kena mengena dengan kehidupan saya dan Mr.Illiana..hehe..jangan salah faham ye..
sekian~babai
I could not ask for more

10 comments:

ira aje said...

hehe. lebey kurg ar.
betol laaa jugak tuh =))

illianahidayah said...

ira aje : hehehe...setuju?? thanx!

cryclown said...

hehehe..aku? curang pd diri sendiri kot:P

xazryx said...

hohoh .bnyk betul ny .

illianahidayah said...

cryclown : ko curang ngan bike ko..and badan ko..hehehe..kayuh x minggu ni..??

xazryx : boboy and gegurl same je..masing2 ada kelebihan dan kekurangan..sbb tu boboy dan gegurl saling melengkapi..

noazhatori said...

ingatan pada diri sendiri -

couple itu HARAM..

"single makes simple, couple makes troubles"

illianahidayah said...

noazhatori : thanx utk ingatan tersebut..
tapi manusia tetap tak boleh lawan sebuah lumrah kehidupan yang menuntut pada sebuah perbuatan berkasih sayang :)

enigma said...

salam..yna,nk mtk izin copy ckit teks dlm hg pnya entri ni

Illiana Hidayah said...

enigma : okesss...

enigma said...

thanx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...