Saturday, June 12, 2010

lelaki..salah 1 yang korang kena tahu pasal perempuan~

situasi 1

jejaka : honey, honey syg b x.?
gadis : knp nak tanya lagi? kan dah banyak kali honey cakap, honey sayang b, sayanglah!


situasi 2 :

jejaka : ye sayang abg.. knp?
gadis : rindu sangat kat abg..
jejaka : kenapa tiba2 ni..?
gadis : ala... takkan tak bole nak rindu abg...


berdasarkan 2 situasi kat atas ni, korang rasa apa kena la ngan si gadis ni..? pening kepala si jejaka ni... blurr menyerang minda pada tahap dewa petala 17.. hahhaa...

ok..guys out there..saya sebagai perempuan akui la kaum kami ni sangatlah susah nak difahami, bahasa mudah complicated! setuju? terkadang masa korang nak bermanja dengan gf korang, dia moody.. kadang2 time korang busy, dia tiba2 nak bermanja ngan korang pulakkk... kalau tak layan nanti majuk pulakk.. satu hal pulakk nak pujuk.. kalau jenis makan pujuk dengan air liur boleh la.. buatnya nak kena pujuk hantar fererro rocher 1 kotak? hantar roses 1 dozen? haruuuu wehhhh...

actually gurlz salah satu faktor gurlz leh jadi macam ni ialah kerana dah nak sampai timing montly off~ paham ke tidak? bahasa mudahnya dah nak period la.. some of the gurlz tend to be so moody.. pantang salah sikit, hangin kalah el nino ngan la nina.. dan kadang2 korang guys memang tak dak can la nak manja2 time ni..hehhee... and some of gurlz pulak akan jadi manja semacam.. nakkan perhatian, nak dibelai, dan lain2 la.. masa ni mood diorang memang romantic abes.. tangkappp ah wa cakap lu.. heheheh...sabarlah eh wahai kaum adam...(pesanan termasuk kepada MR.ILLIANA..hehehhe)

bila dah sampai monthly off ni, ada yang memang tak dapat tidak akan diserang oleh senggugut, bahasa orang kampung saya sebut period pain.. hehehe... jangan gelakk...sangat sakit okkk bila diserang period pain ni.. pengalaman yang pernah dilalui oleh saya, start dari pinggang sampai ke kaki bawah rasa lenguh gilaaa.. lepas tu pinggang sangat sakit, macam nak demam, perut tak yah cakapla kann.. rasa menyucuk + sengal dan macam2 azab lagi which is no word can discribe the pain..

so, bila kat kampung, macam-macam la kan petua orang2 veteran yang saya dengar.. mari kita tengok apa petua orang2 veteran buat kalau diserang period pain ~
  1. minum air teh pahit tanpa gula
  2. tumbuk sengenggam halia hingga lumat, kemudia campurkan dengan air suam, tunggu sehingga halia tersebut mendap, kemudian minum. sebelum minum tu bacakan selawat
  3. ambil sebiji pinang tua, bakar hingga jadi arang kemudia tumbuk hingga halus, campurkan dengan air suam dan minum.

okkk... kalau korang rasa korang boleh buat, korang amalkan lah ye petua2 ni.. kalau rasa tak mampu, amalkan saja minum air suam masa period, then jangan makan makanan yang tajam2 macam buah mangga masam, asam ke jeruk ke, jangan minum air gas, jauhi ais.. itu yang saya amalkan time2 monthly off ni.. kalau tak.. memang berguling2 dan boleh jatuh katil kauuu.. kalau kau jatuh katil, kau takkan rasa sakit sebab jatuh katil, tapi kau akan meraung sebab walaupun kau jatuh katil, sakit kau tak pernah surut pun...hehehe...

~pasni kita googling kenapa leh terjadi period pain pulakk..

sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...