Tuesday, May 22, 2012

Sepetang Bersama Mee Udang Kuala Sepetang.

ceritanya bermula begini.. 

Dia : Hye! I nak keluar dinner ni, jom?
Aku : Tak mau la..
Dia : Ni dok buat apa?
Aku : Nak semayang maghrib. 
Dia : Ok, semayang lah dulu.. 

15 minit kemudian.. 

Dia : Hye! Betul tak mau dinner dengan I?
Aku : Tak mau la.. 
Dia : Tapi I dah kat depan rumah you..
Aku : Ek??? Tipulah! 
Dia : Ok, dengar hon ni.. (bunyi hon) 
Aku : Tapi tak siap pun, dok dalam kain semayang lagi. 
Dia : Takpa, siaplah dulu. 


Hahaha..ni la permulaan cerita percutian yang tak dirancang? Percutian? Not really percutian lah, tapi weekend gateway la kot. Hilang terus kemerajukan yang selama ini bertandang di hati. Hohohoho. 

Sunday morning, had the breakfast kat area R&R Batu 2, aku amik nasi separuh + sambal kerang sikit (memang sikit), + ayam goreng + teh o ais. Pinggan Mr.Illiana nasi + sayur cendawan + ikan keli goreng + teh ais, and harga was RM16.00. Ok, 2 perkataan = Tak Berbaloi-baloi! 

Then terus shoot ke Taiping. Sebelum tu, aku ni dah meroyan nak makan McD yang foldover tu, sekali kena bawak pergi Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.... HILANG meroyan aku! hahaha! 

Before this, aku just dengar je pasal kehebatan mee udang Kuala Sepetang ni, and ada jugak kawan-kawan aku kat Gerik ni dok ajak lepak sana, tapi tak pernah tercapai pun hajat tu. (Maybe nak kena start 1st experience with you kot hun! ) 
Masa kami sampai tu, mee udang yang biasa dah habis, so, yang tinggal hanyalah yang special. So, belasaahhh saja, even aku sendiri pun tak yakin yang aku mampu habiskan. Kebimbangan yang paling ketara is "mampukah aku nak kopek udang-udang tu?" 

Ni kalau aku tunjuk gambar mee udang tu, jangan bukak posa lak ek pada sesiapa yang tengah berpuasa? heheheh.. 

*

*

*

*

*




Mee udang Kuala Sepetang! 
Yang ini Mr.Illiana punya. See! Udang ada 6 ekor, besar-besar and sampai menutup mee yang ada tu.

Okkk! Ni aku punya.Koew tiao goreng udang 
Dia serve yang goreng-goreng semua ni dalam bekas yang ala-ala perahu. Nice tau. And kalau kau perhatikan koew tiaw dia lebih kecik and halus dari koew tiaw biasa. Ala-ala mee sanggul. Tapi superb!
Pengkopek udang!


Tersandar aku lepas makan ni. Tapi habisss okk, sebab bayar mahal-mahal tak habis, rugi! 

Woaahhh!! lepas tersandar tu, aku dah rasa aku dengan Mr.Illiana ni boleh jadi hos jalan-jalan carik makan la.. miaahahahha! Tapi aku failed sikit kot sebab tak reti nak kopek udang sendiri! huaahahah!

So, kalau korang nak try, silalah google jalan nak ke Kuala Sepetang ni, sebabnya either aku or Mr.Illiana, 2 2 tak reti nak cerita macam mana nak jalan ke sini. Selamat ya!

*Aku baru lepas sahur masa aku buat entry ni, awal-awal lepas sahur takpe, tak de godaan lagi, janganlah aku meroyan nak makan mee udang lagi jap lagi.. hahaha..

*Sayang, thanks for the wonderful gateway.



Sekian~babai
I could not ask for more

Sunday, May 6, 2012

Pernah tak korang terfikir nak kembali ke zaman kanak-kanak?

Lately, aku makin kerap rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak, even kwn2 aku ada yg dah dpt anak, ada yg on the way nak dapat anak..

Kenapa?
Sebab zaman kanak-kanak zaman yg paling indah. Bila kau sakit, kau nangis, lepas kau nangis, kau boleh bergembira balik, kau mampu lupakan kesedihan and kesakitan kau tu.

Tapi sekarang, cuba kau flash kejap, bila kau sakit, kau nangis, lepas tu kau kembali senyum, kau boleh lupa tak kesakitan kau tu? Mesti tak kan? Walau sekuat mana pun kau cuba, and selebar mana pun senyuman yg kau ukir, kau tetap tak mampu nak padamkan kesakitan kau.

That's why, kalau mampu putarkan masa, aku nak jadi kanak-kanak riang, biarlah kadang2 aku kena rotan dengan abah or umi sebab nakal, tapi aku mampu senyum and lupa semuanya pasal tu.


*bukan niat aku..maafkan aku.



Sekian~babai
I could not ask for more
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 23, 2012

Hati Perempuan Umpama...???

Kalau aku tanya satu soalan, macam ni bunyinya.. 

"Hati perempuan umpama____________" (isi tempat kosong dengan jawapan yang logik), 

Konfemmm! macam-macam jawapan, 

Ada yang akan kata "hati perempuan umpama kerak nasi" 
Ada pula yang kata "hati perempuan umpama tanah liat"
Ada juga yang kata "hati perempuan umpama tisu" 


Arghhhh! Apa pun pandangan korang tentang hati perempuan, jawapan di atas semuanya betul. 


Hati perempuan umpaman kerak nasi ; memanglah kerak nasi sekali tengok keras, tapi bila kena dengan air, akan terus jadi lembut. Macam tu lah dengan hati perempuan, kasar dan keras tak bermakna tak boleh dibentuk, perlu gunakan teknik yang betul dalam usaha melembutkan hatinya. 

Hati perempuan umpama tanah liat ; tanah liat tu secara fizikal saja nampak liat, tapi cuba diubah menjadi labu sayong ke, ubah jadi pasu bunga ke, lepas tu buat ukiran sikit, pasti akan jadi sesuatu yang hebat dan boleh digunakan. Same goes to hati perempuan, "liat" itu bukan bermaksud hatinya tertutup, tapi kenalah guna kunci yang betul untuk membukanya, dan mestilah kena pandai decorate, barulah keindahan hati itu terpancar jelas. 

Hati perempuan umpama tisu ; lembut dan mudah terkoyak. Namun, kegunaan tisu itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang sangat luas prospeknya. Ada ke kalau kau nak lap hingus kau yang meleleh-leleh tu dengan kain kesat? Mesti kau cari tisu juga kan? Macam tu juga dengan hati perempuan, biar pun disakiti, dilukai, diletakkan di tempat yang tak sepatutnya diletakkan, tetapi tetap setia memberikan layanan yang terbaik dari dirinya. 

Apa kaitan hati perempuan dengan entry aku? 
Tak..Aku cuma nak cakap, terkadang dalam "kekasaran" seorang perempuan, tersembunyi sendu di sebalik kekerasan itu. Terkadang di sebalik "keganasan" seorang perempuan, terselindung tangisan yang sayu. Argghhh.. mana kau tahu! Sebab di depan kau, hati perempuan itu bertindak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan tiada apa yang dikesalkan. 

Apa lagi kaitan dengan diri aku? 
Aku pun tak tau lah ada kaitan ke tidak, tapi adalah sikit, sebab aku pun perempuan, tulen okk! Sebab hati aku ada kesemua jawapan di atas. Pedih ulu hati tau bila dapat layanan manusia talam bermuka-muka. (Maaf kepada cikgu-cikgu BM, anak murid kalian dah pandai nak ubah simpulan bahasa mengikut situasi hati). Dulu, aku ada join satu camping yang melibatkan semua ladies yang ayu-ayu dan sopan santun, sampai aku yang sebegini dicop "jantan". Tapi kan, perempuan "jantan" ni jugaklah yang pedih tangan-tangan ikat gajet, naikkan flysheet bagai. Arghhhhh!! Lupakan semua! Benda dah berlalu, mungkin wanita itu juga berada dalam situasi tertekan tatkala kata-kata itu diluahkan. 

Dulu, bila hati perempuan itu terguris, hanya air mata yang mampu menemani sendu tangisanya. Kini tidak lagi! (baca dalam nada iklan), dada fesbuk, twitter mampu jadi peneman. Sebab tu segala macam caci maki terhambur di dada fesbuk. (termasuklah aku, aku suka maki "demmmmmyuuu!"..hahha..ubah sket style ejaan okk), tapi, setakat mana kepuasan yang aku dapat? Persoalan ini dah lama bermain dalam kepala otak aku yang semakin hari semakin sarat ni. Pernah jugak aku terfikir nak tutup saja account fesbuk aku. Bila aku suarakan pada si dia ;

Aku : awak, saya nak tutup account fb la 
Dia : kenapa?
Aku : dah bosan, lagipun dah jadi medium lepas perasaan dah. 
Dia : terpulanglah, tapi fb tu menghubungkan kita dengan kwn-kwn lama jugak kan? 
Aku : (betul jugakkk...) 
Dia : ada masalah ke ni? 
Aku : ...... (teruskan bercerita, sebab terapi untuk perempuan kan bercakap?) 


ye..aku realized yang medium fesbuk aku ni sometimes jadi tempat aku lempiaskan amarah aku je, main perli-perli orang, seriously, aku tak reti nak berdakwah kat fesbuk, aku reti baca je post-post UAI atau ustaz-ustaz yang aku follow. Aku bagi contoh ; 


Dulu aku pernah buka entry maki kat blog ni, then malam tu juga spread entry makian aku ni among the people, then bila aku buka fesbuk, aku terasa bahang-bahang aku pulak yang kena maki dekat post-post the people. Kan padan muka aku! Allah balas cash kat aku! Maki orang lagi! 
(ini kisah benar, biar aku guna contoh diri sendiri saja, senang..nanti tak pasal-pasal aku kena saman!) 


So, as a conclude, aku terasa sangat-sangat nak hidup aman macam dulu, without fesbuk, without tweet, tapi bolehkahhh??? hahaha! sundri jawab la cik yana oiiii.. Ini ke relation kenapa aku naikkan entry tak ketahuan punca ini???? hahahha


*kalau main block orang dari fesbuk ni selesai masalah tak? 
*aku tak mau bagi kad kahwin aku la kat dia, boleh? miahahah!! 



sekian~babai
I could not ask for more

Thursday, April 19, 2012

Garang Di Mata

Holla guys! 
Hari ni baru aku teringat satu kisah yang menjawab kepada persoalan aku selama ni.. 
Aku selalu wonder kenapa bila aku tengok orang, mesti orang tu akan respon "janganlah tengok camtu weh". And bila aku lalu nak masuk kelas aku, and aku nampak kanak-kanak yang tengah buat tak tentu arah, aku tak payah jerit kuat-kuat, aku just stand and stare, kanak-kanak tu akan back to their place, and quite. hahah! 

Last week, aku tumpangkan cousin abah aku sama-sama balik Gerik, anak bujang dia sorang ni petah jugaklah bercakap, so dia dah pecahkan rahsia. 

Boy : k.yana, k.yana ni garang tak kat sekolah? 
Aku : garang...kalau tak garang budak-budak tak siap kerja. 
Boy : k.yana memang garang pun. 
Aku : yaka..? garang kat mana? 
Boy : kat mata. 
Aku : haaa?? kat mata? 
Boy : yala, k.yana kalau tengok orang tu, takutla.. 
Aku : hahahahahha! 




garang sangat ke mata aku ni???


So, barulah aku tau yang aset "kegarangan" aku adalah kat mata. Aku pun tak tau mata aku ni warisan sapa, abah aku ke umi aku. Tapi mungkin abah lah kot, sebab abah aku garang. Tapi kalau abah aku senyum, cairrrr beb! Sampai cikgu sekolah adik aku berkenan kat abah aku.. hahaha..



sekian~babai
I could not ask for more


Saturday, March 31, 2012

What You Give, You Get Back!

Seorang lelaki yg t'kenal dgn perangai lurus bendul m'beli sebuah perangkap tikus. Disebabkan tikus kat rumah dia semakin b'maharajalela. Bila sampai di rumah, lelaki ni t'igt yg umpan tikus tak dibeli. Lelaki ni ingat umpan tikus mestilah keju2 yg lazat.

Maka lelaki ini pun buatlah plan B. Dia gunting gambar keju dari majalah dan letakkan di perangkap tu.

Keesokkan hari..lelaki ni t'nampak bayang tikus yg dah t'sepit di perangkapnya. Alangkah t'kejutnya bila dia m'dapati yg tikus yg t'perangkap tu adalah sekeping gambar tikus dari majalah.!

Hohoho..what you give, you get back babeh! Kalau nak hasil lumayan, umpan tak boleh cikai der..

Sekian~babai
I could not ask for more


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 30, 2012

Ni Style Okkk (Banyak Kau Punya Style!)

Semalam aku terima massage dari adik aku, bunyinya gini :

"kak, bz kew? mgu niey alek kew tak? ad bnd nak citew niey." 

Time ni pulak aku tengah mode tak berapa bagus, (dalam proses nak mencari motivasi diri lepas semua budak-budak aku dah pindah kelas), dan-dan je aku nak hangin. Then aku balas :

"ckp apa ni? xphm!" 

Then dia reply:

"kak blk x mgu ni? ada bnd nak cita kat kak" 

Ahaaa..yang ni aku balas "blk, dah otw"

Aku ni tak taulah kalau aku dilahirkan zaman purba, sebab lately aku semakin tak paham bahasa-bahasa yang budak-budak muda guna. Aku pun muda jugak, aku c time meroyan aku sampai, aku cakap jugak "gua" "lu" "der" "dowh" semua ni.. Tapi taklah sampai berjangkit dalam massage pun tak paham jadah apa yang diroyankan.!

Adik-adik aku memang pelik! Tu kisah adik aku yang umur 19 tahun (gamak kalau nak ngorat, mai mengadap kakak dia ni dulu), adik aku yang umur 15 tu pun lebih kurang, lagi aku tak paham apa dia nak sampaikan.

"la n da kat bt5, narnty sm5, anta alek kolah" 
(la ni dah kat batu 5, nanti sampai, hantar balik sekolah)

Yang ni memang dia sampai-sampai, aku hentak dia dulu la kan..bila dah terbiasa tulis perkataan yang ringkas tahap dewa 87, nanti kau tulis essay pun kau tulis essay yang dewa-dewa tahap petala 87 je yang paham.

Aku malas nak print screen ayat-ayat macam tu yang aku jumpa kat fesbuk, kat blog.. tapi tula, bila masuk mengomen je, aku pulak yang kena reread, macam aku ni budak linus tegar yang merangkak-rangkak nak eja & membatangkan suku kata :

"apew semue niey, owang tak katew apew-apew pown" 


"sowey, aq x kernal budark bwh umo mcm kau,"


"da xda hrpn, lupew kan jew neat tuh" 


"akitnyew kepale niey, pewot lapa, tlg beliey akan bley?" 


lewpass niey, aq nak uwat entry toolies cam niey ugak, korunk nak bace tark? 




sekian~babai
I could not ask for more

Thursday, March 29, 2012

Anda Didapati Bersalah, Bayar Denda RM25.00

Dunia hari ni semakin pelik! 
Kes pelik yang terbaharu yang inilah.. 

*
*
*




click for larger image

RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu. 
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan. 
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. 
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.
aku carik news ni tak jumpa, so aku google blog, ada blogger yang ada news ni secara details. credit this news to Semut Hitam


Aritu aku parking kereta umi kat Sg. Petani tak letak parking ticket, aku dapat saman parking RM30.00.. Tunang aku lupa yang lesen dia dah tamat tempoh, kena saman RM300.00, dah lepas buat rayuan, dapatlah kurang jadi RM150.00 kalau tak silap aku.. Saman MENARI TIANG RM25.00?????

lagi murah daripada saman parking aku!
lagi murah dari saman lesen mati!

aha...lagi satu aku teringat, ada kes yang orang tu curik susu sebab tak ada duit nak beli susu anak, denda 2 TAHUN PENJARA!

ok2..aku think positive, denda kali pertama orang panggil denda manja gitu... lagipun budak-budak ni muda lagi, mana nak ada saving banyak-banyak nak bayar denda kan? oklah tu, as long as kena denda.



sekian~babai
I could not ask for more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...